#10YearChallenge menjadi kegilaan terbaharu di media sosial, perbandingan gambar dalam tempoh 10 tahun membuka pelbagai perbualan hangat dan mengimbau memori silam.

Golongan selebriti tempatan juga tidak ketinggalan menyahut cabaran ini. Ramai yang menunjukkan perubahan ketara dari segi imej dan penampilan namun tidak kurang juga yang tidak berubah walaupun sudah meningkat usia.

Kami senaraikan 5 selebriti wanita yang tidak dimamah usia dan semakin cantik:

1. Nora Danish

Pelakon Nora Danish menyahut cabaran ini dengan berkongsikan foto bersama anaknya di tahun 2009 dan juga 2019. Di tahun 2009, Nora bersama anak pertamanya Putera Rayqal Rizal Ashram manakala di 2019, Nora mengabadikan foto bersama anaknya Mohamed Neqayl Nedim atau Ney Ney.

2. Fasha Sandha


Tunang kepada Aidil Aziz ini antara yang teruja menyahut cabaran 10 tahun ini. Tiga posting dikongsikan oleh Fasha termasuk foto ketika dia berusia 1 tahun. Namun apa yang menarik perhatian ialah kapsyen di foto seksi zaman remajanya. Menurut Fasha, 10 tahun dahulu masyarakat lebih mementingkan bakat berbanding ‘membawang’ seperti sekarang.

3. Nabila Huda


Netizen memuji pelakon Nabila Huda bertambah cantik dalam #10YearChallenge yang dikongsikannya walaupun melepasi usia 30 tahun. Nabila memuat naik foto dia bersama sahabatnya Niesa Khalil yang mencuri perhatian daripada pengguna media sosial.


4. Bunga Citra Lestari



Seperti tiada apa yang berubah bukan? Sukar untuk mencari perbezaaan pada isteri Asyraf Sinclair ini apabila dia menyahut cabaran ini. Bagaikan sentiasa mekar, tidak hairanlah Bunga Citra Lestari sentiasa menjadi rebutan produk kecantikan sebagai jurucakap.

5. Rossa



‘Sebelum beauty plus’ tulis ringkas Datuk Seri Rossa di foto #10YearChallenge. Biarpun secara sinikal Rossa membandingkan fotonya dalam 10 tahun ini banyak dibantu teknologi dan filter, tapi ternyata pelantun lagu Ayat-ayat Cinta ini kekal cantik dan menawan.

Special Mention : Lisa Surihani