HARI ini, 25 Julai 2019, genap 10 tahun pemergian Yasmin Ahmad. Saya mahu menulis sesuatu untuk mengenang arwah, tetapi fikiran saya tersekat, tidak tahu mahu mula dari mana.
Sejak beberapa jam lalu, saya asyik memasang lagu keroncong Hujan yang dipetik dari filem Mukhsin dan kebetulan hujan baru saja berhenti.
“Hujan itu macam cinta. Satu rahmat,” kata Yasmin suatu pagi ketika saya singgah di pejabatnya.
Hari itu, kami ada temu janji makan tengah hari, tetapi saya tiba awal.
Ketika saya menunggu di sofa empuk hijaunya dan mengadu lapar, dia memainkan lagu yang dinyanyikan Adibah Noor itu berulang kali.
“Awak suka yang ini atau versi Mak Inom dengan Pak Atan? Diorang tu ‘gila’ kan? Saya nak jadi macam diorang bila tua esok. Tak pernah berenggang. Awak nak dengar bunyi Pak Atan gelak tak?,” tanya Yasmin sambil memasang rakaman suara bapanya ketawa.
Rakaman itu dia jadikan nada dering telefon bimbitnya.
“Saya ‘burn’ lagu ni dalam CD. Nanti awak balik dengar dengan buah hati,” sambungnya lagi tentang lagu Hujan sambil matanya khusyuk mengadap komputer.
Yasmin adalah insan yang amat mempercayai cinta dan kita semua sedia maklum tentang itu.
Sentimennya terhadap kasih sayang diterjemahkan jelas menerusi karya-karyanya, baik di dalam filem mahupun iklan.
“Cinta tak jahat. Bekas kekasih awak yang jahat”. Saya masih ingat SMS ini yang dihantarnya semasa saya mengadu putus cinta.
“Ramai lagi sayangkan awak. Jangan sedih. Dia pun manusia macam awak, ada buat silap. Maafkan dia. Solat dan minta tolong pada Allah. I’ll make do’a for you too, ok?”, sambung SMSnya.
Sedikit sejarah, saya mengenali arwah pada awal tahun 2005 ketika saya menjadi pemberita di akhbar Kosmo!.
Ketika itu, filem Sepet baru hendak ditayangkan di pawagam. Saya selalu menjadi tetamu (yang diundang dan yang tak diundang) di pejabatnya selepas pertemuan pertama kami.
“Cantik kasut,” itu antara ayat kegemaran arwah setiap kali kami berjumpa.
Dan setiap kali itu juga, saya selalu memerhatikan sikapnya di pejabat. Sentiasa riang, bergurau senda dengan rakan-rakan sekerja tanpa mengira pangkat, walaupun kepada kakak pembancuh teh dan tukang cuci.
Malah, pemandu peribadinya yang bernama Anuar juga dia jadikan bintang filem. (Anuar memegang watak Anuar, pemandu kepada keluarga Orked dalam Gubra dan Mukhsin – ingat tak babak Anuar menyanyi lagu Nina Simone, Ne Me Quitte Pas?)
Saya percaya, setiap dari kita yang pernah bertemu dengan Yasmin secara peribadi akan bersetuju betapa dia mudah mesra dengan sesiapa.
Dan saya juga percaya, setiap dari kita yang tidak pernah bertemu dengannya pun, akan terasa ‘akrab’ hanya dengan menonton hasil-hasil kerjanya.
Saya masih ingat pada hari pengebumiannya, tanah perkuburan Islam USJ22 di Subang Jaya dibanjiri lautan manusia.
Sejak dari masjid lagi ketika jenazah diuruskan, sudah ramai yang tiba memberikan penghormatan terakhir. Melayu, Cina, India dan pelbagai bangsa serta agama datang ke situ, bertafakur dan berdoa.
Saya percaya ada di antara mereka tidak pernah bertemu pun dengan Yasmin, tetapi kerana ‘mengenali’ Yasmin, mereka datang.
Malah ramai juga yang membawa bunga tuber roses, bunga kegemarannya yang pernah digunakan dalam satu babak filem Sepet.
Yasmin, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.25 malam di Hospital Pakar Damansara pada 25 Julai 2009 akibat pendarahan teruk di otak.
Dia rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, tiga hari sebelum itu.
Hari ini, 25 Julai 2019, genap 10 tahun pemergian Yasmin Ahmad. Saya mahu menulis sesuatu untuk mengenang arwah, tetapi saya tahu sudah banyak memori yang ditulis tentangnya sejak dia tiada, tidak kurang juga penghargaan sebagai tanda ingatan yang diberikan kepadanya.
Saya percaya, kita semua atau sekurang-kurangnya untuk saya, masih teringat-ingatkan dia dan amat merinduinya.
Semoga roh arwah tenang di sana. Al-Fatihah.
* Syazwan Zakariah pernah bergelar wartawan di akhbar Kosmo!, pemberita di Astro AWANI dan kini menyandang jawatan Ketua Content Studio di Astro.
Syazwan Zakariah
Thu Jul 25 2019
Naskhah-naskhah tinggalan Allahyarham Yasmin Ahmad masih relevan dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Lelaki ditahan bawa beg berisi anggota badan isteri
Suspek dikatakan tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau terkejut dengan penemuan itu.
Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.
AWANI Pagi: Perpustakaan kreatif, suntik ilmu untuk komuniti
Diskusi AWANI Pagi 8.30 bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad mengupas sisi lain peranan perpustakaan untuk membantu komuniti khususnya golongan B40 mendapat akses lebih baik dalam pendidikan.
Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.
Rangkuman Lawatan Delegasi Malaysia ke WEF 2025 di Davos
Saksikan bagaimana delegasi Malaysia mengangkat naratif ASEAN di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. Selain memacu perbincangan global, delegasi turut memanfaatkan peluang untuk menarik pelaburan dan memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa.
Lesen memandu kini boleh diperbaharui untuk tempoh 10 tahun - Anthony Loke
Anthony Loke memaklumkan pembaharuan lesen untuk tempoh 10 tahun itu antara dua inisiatif pembaharuan LMM dilaksana pihaknya.
BHEUU, AGC kaji had tempoh perkhidmatan PM tidak lebih 10 tahun
Kajian mengenai isu itu dibuat bagi mendapatkan pandangan orang awam, agensi kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil dan badan bukan kerajaan.
Warga Indonesia berdepan 3 pertuduhan amang seksual terhadap anak tiri 10 tahun
Seorang tukang rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya yang berusia 10 tahun pada 2017.
Remaja didakwa laku amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan 10 tahun
Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.
Parti pembangkang Thailand diarah bubar, dilarang terlibat politik selama 10 tahun
Mahkamah memutuskan bahawa parti itu melanggar undang-undang dengan mengambil wang pinjaman 191.2 juta baht dari Thanathorn.
10 tahun tanpa Yasmin Ahmad
Sudah 10 tahun Yasmin Ahmad kembali mengadap Yang Maha Esa. Namun, ingatan serta kasih sayang pencinta padanya tidak pernah pudar.
Najib alu-alukan kes pembunuhan Altantuya dibuka semula
Najib mengalu-alukan gesaan veteran DAP Lim Kit Siang yang mendesak agar kes pembunuhan berprofil tinggi sejak sedekad lalu dibuka semula.
Pemeriksaan dawai elektrik rumah akan diwajibkan setiap 10 tahun
Semua rumah akan diwajib memeriksa pendawaian elektrik setiap 10 tahun mulai tahun depan.
Kilafairy dedah rahsia ikat perut tak makan nasi untuk kekal ramping
Tidak jamah nasi mahupun sebarang intake yang punya kadar karbohidrat tinggi. Selain menjaga makan, selalu juga rajinkan diri untuk keluarkan peluh dan terus aktif
[VIDEO] Scha Alyahya kongsi cerita kehidupan keluarga yang kadang kala pelik
Rasanya doa-doa peminat dan penyokong Scha dan Awal benar-benar termakbul apabila mereka bernikah dan bergelar suami-isteri yang sah.