MOSCOW: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengancam tidak akan hadir pada mesyuarat pertama Majlis NATO-Ukraine yang baru ditubuhkan kerana kecewa dengan pendirian perikatan itu mengenai prospek keanggotaan Ukraine pada sidang kemuncak Vilnius, lapor Sputnik memetik The New York Times.
Zelenskyy "marah" dengan NATO apabila menetapkan syarat berhubung jemputan untuk Ukraine memohon keanggotaan dan mengkritik kenyataan rasmi yang diterima pakai pada sidang kemuncak dua hari di ibu negara Lithuania itu, yang "mencetuskan kemarahan" rakyat Amerika, lapor akhbar itu pada Rabu.
Pada Selasa malam, presiden Ukraine dilaporkan mengancam untuk tidak mengambil bahagian dalam sesi pertama Majlis NATO-Ukraine, yang berlangsung keesokan harinya.
Beliau berkata "belum pernah berlaku dan tidak masuk akal" apabila tempoh masa ditetapkan bukannya jemputan mahupun untuk keanggotaan Ukraine.
Bloomberg memetik sumber melaporkan, pemimpin NATO telah menggesa presiden Ukraine agar "bertenang" semasa makan malam bersama mereka di Vilnius berikutan kritikannya.
Mesyuarat pertama Majlis NATO-Ukraine berlangsung di luar sidang kemuncak NATO di Vilnius pada Rabu.
Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg mempengerusikan mesyuarat itu dengan presiden Ukraine dan pegawai tinggi Ukraine yang lain turut serta.
Stoltenberg pada Selasa berkata pemimpin NATO telah bersetuju dengan pakej tiga elemen untuk membawa Ukraine lebih dekat dengan perikatan itu.
Elemen pertama termasuk mewujudkan program bantuan untuk Ukraine yang akan membawa peralihan kepada kemungkinan latihan dan doktrin standard NATO.
Elemen kedua ialah penubuhan Majlis NATO-Ukraine dan yang ketiga melibatkan pembatalan pelan tindakan keanggotaan untuk Ukraine, yang akan memendekkan proses penyertaan Kyiv dan pada masa sama, tiada jemputan rasmi oleh blok itu kepada Kiev.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023
Zelenskyy dilaporkan"marah" dengan NATO apabila menetapkan syarat berhubung jemputan untuk Ukraine memohon keanggotaan. - Gambar/ AP
Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
Brazil kekal berkecuali dalam perang Rusia-Ukraine - Lula
Katanya, Brazil antara kumpulan negara yang mahu kekal berkecuali dalam usaha menyumbang kepada kemungkinan menamatkan perang.
Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi resolusi mengenai Ukraine yang dikemukakan oleh Kiev dan wakil Kesatuan Eropah sempena setahun pencerobohan Rusia.
Ukraine "tinggalkan" proses rundingan tamatkan konflik - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu Perdana Menteri India, Narendra Modi bahawa Ukraine "meninggalkan" proses rundingan bagi menamatkan konflik Rusia-Ukraine.
Harga makanan melambung, terpaksa catu hidangan utama - Pelajar Malaysia di Rusia
Kesan sekatan ekonomi akibat konflik Rusia-Ukraine menjejaskan aliran kewangan dan cara perbelanjaan sebilangan besar pelajar Malaysia di Rusia.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Belum dilihat bagaimana konflik Rusia-Ukraine dapat diselesaikan, tetapi yang mendapat manfaat yang jelas adalah harga komoditi.
Nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS hari ketiga berturut-turut
Pada jam 9 pagi, nilai mata wang tempatan bertambah kepada 4.1825/1850 berbanding dolar AS.