KETUA Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata pasukannya telah menjalankan misi "berisiko tinggi" untuk menghantar bekalan ke hospital di utara dan selatan Gaza.

Menurut beliau, dalam misi berkenaan, pasukannya juga menyaksikan "ketegangan yang sangat tinggi di kawasan konflik itu selain beban pesakit serta kesesakan".

“Hari ini, saya mengulangi seruan saya kepada masyarakat antarabangsa untuk mengambil langkah segera untuk mengurangkan bahaya besar yang dihadapi penduduk Gaza dan menjejaskan keupayaan pekerja kemanusiaan untuk membantu mereka yang mengalami kecederaan dan kelaparan melampau serta berisiko teruk dijangkiti penyakit,” kata Tedros lagi.