SINGAPURA: Forum Ekonomi Dunia (WEF) telah memaklumkan kepada Kerajaan Singapura bahawa ia akan membatalkan Mesyuarat Tahunan Khas WEF 2021, yang dijadualkan berlangsung di republik itu dari 17 - 20 Ogos depan.
Pembatalan itu dibuat susulan ketidaktentuan global yang berterusan akibat COVID-19, kata Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik berkenaan sebagai respons kepada pertanyaan media hari ini.
''Kerajaan Singapura memahami sepenuhnya cabaran yang disebabkan oleh pandemik ini, terutamanya yang membabitkan pertemuan besar-besaran peserta antarabangsa.
''Kami akan terus bekerjasama secara aktif dengan Forum Ekonomi Dunia dan organisasi antarabangsa utama lain bagi menggalakkan kerjasama antara pihak berkepentingan dalam isu-isu kebimbangan global,'' kata kementerian itu.
Secara berasingan, WEF menjelaskan keadaan tragik yang merentasi geografi, prospek perjalanan yang tidak menentu, perbezaan kecepatan pelancaran vaksinasi dan ketidakpastian mengenai varian virus baharu semasa telah mendatangkan cabaran untuk merealisasikan pertemuan global dengan pemimpin masyarakat perniagaan, kerajaan serta dari seluruh dunia pada skala yang telah dirancang.
Mesyuarat Tahunan yang akan datang sebaliknya akan berlangsung pada separuh pertama 2022 dengan lokasi dan tarikh akhir akan ditentukan berdasarkan penilaian yang akan dibuat nanti.
"Pembatalan ini merupakan keputusan yang sukar, memandangkan kepentingan besar rakan kongsi kami untuk datang bersama-sama bukan sahaja secara maya tetapi secara individu dan bagi menyumbang kepada dunia yang lebih berdaya tahan, lebih inklusif serta lebih mampan," kata Pengasas dan Pengerusi Eksekutif WEF Profesor Klaus Schwab dalam laman webnya.
"Tetapi akhirnya, kesihatan dan keselamatan semua orang yang terlibat lebih diutamakan."
''Kami akan terus melibatkan rakan kongsi kami yang semakin meningkat, ke dalam pelbagai aliran kerja kami bagi menangani isu-isu utama dalam agenda global melalui kerjasama awam swasta,'' kata Schwab.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 17 2021
WEF telah memaklumkan kepada Kerajaan Singapura bahawa ia akan membatalkan Mesyuarat Tahunan Khas WEF 2021, yang dijadualkan berlangsung di republik itu dari 17 - 20 Ogos depan. - Gambar fail/REUTERS
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
WEF #AMNC24: Tiga prinsip utama rentas pembangunan ekonomi
Mesyuarat Tahunan Juara Baharu (AMNC) Forum Ekonomi Dunia (WEF) ke-15 merupakan tetingkap penting untuk memerhatikan pencapaian dan arah aliran baharu ekonomi negara membangun.
WEF #AMNC24: Malaysia semakin diikitiraf, disegani di arena antarabangsa - Rafizi
Masyarakat antarabangsa bertambah yakin ekonomi Malaysia sedang berkembang dengan baik secara seimbang dan potensi negara semakin diiktiraf secara meluas.
Sumbangan industri pelancongan kepada KDNK global akan lepasi paras prapandemik tahun ini - WEF
Ketibaan pelancong asing dan sumbangan sektor pelancongan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dijangka akan kembali ke paras pra-pandemik tahun ini.
Lawatan kerja PM bina keyakinan bagi syarikat Malaysia terlibat dalam projek besar di Arab Saudi
Kejayaan lawatan kerja Anwar ke Riyadh, Arab Saudi, baru-baru ini, membina keyakinan untuk syarikat Malaysia diberi peluang terlibat dalam projek-projek besar di negara tersebut.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.
Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis
Menurut Faisal, ini kerana negara membangun di ASEAN sedang mencorak ekonomi ke arah lebih mampan yang perlu dimanfaatkan negara maju
PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rwanda Paul Kagame di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) pada Ahad.