"Perjalanan ke Malaysia: Meneroka Pelbagai Perisa dan Tradisi Kulinari Asia Tenggara" selama seminggu menarik purata 200 orang setiap hari sejak dibuka pada Rabu.
Acara itu, yang dilancarkan atas kerjasama antara Hotel Islamabad Serena dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia, menyokong diplomasi kebudayaan Malaysia di Pakistan serta usaha berterusan negara untuk meletakkan "Budaya Sarapan Malaysia" dalam senarai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO.
"Festival ini adalah perayaan warisan bersama kita dan ikatan yang menyatukan kita sebagai jiran di rantau Asia yang dinamik ini. Malaysia adalah sebuah negara pelbagai budaya, dan masakan kami adalah bukti kepelbagaian ini, menggabungkan pengaruh daripada tradisi Melayu, Cina, India dan Orang Asli," kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Mohammad Azhar Mazlan.
Para hadirin gembira menikmati hidangan Malaysia seperti nasi lemak, roti canai dan teh tarik, yang merupakan sebahagian daripada budaya sarapan pagi sepanjang hari di Malaysia.
Pengalaman gastronomi ini turut dilengkapi dengan persembahan tarian kebudayaan dari pelbagai negeri di Malaysia. - BERNAMA