Seorang wanita Belanda berusia 107 tahun yang disahkan positif COVID-19 sebelum ini dilaporkan pulih daripada jangkitan virus itu.
Dia kini dipercayai menjadi mangsa pandemik COVID-19 paling tua di dunia yang berjaya sembuh, lapor Reuters.
Cornelia Ras menunjukkan simptom pada 17 Mac, sehari selepas ulang tahunnya yang ke-107, sebaik pulang daripada menghadiri majlis di gereja bersama rakan dari pusat jagaan di Goeree-Overflakkee, sebuah pulau di barat daya negara itu.
Berikutan itu, dia menjalani pemeriksaan sebelum disahkan dijangkiti COVID-19 bersama 40 orang lain yang menghadiri majlis sama di gereja terbabit.
Akhbar Belanda melaporkan, seramai 12 orang daripada mereka kemudian meninggal dunia, tetapi Ras diberitahu oleh doktornya bahawa dia telah pulih, pada Isnin.
"Kami tidak menjangkakan dia mampu bertahan dan pulih.
"Dia tidak mengambil ubat-ubatan, masih mampu berjalan dengan baik dan sentiasa bersyukur. Dengan keadaan sebegini, dia kelihatan akan terus sihat," kata anak saudaranya, Maaike de Groot kepada akhbar tempatan.
Sebelum Ras, mangsa COVID-19 paling tua direkodkan terselamat adalah warga Amerika, Bill Lapschies, yang berusia 104 tahun.
Reuters
Fri Apr 10 2020
![Wanita usia 107 tahun pulih COVID-19, dipercayai mangsa tertua selamat Wanita usia 107 tahun pulih COVID-19, dipercayai mangsa tertua selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/51586487984_Dutchhealth.jpg)
Pekerja kesihatan Belanda menghantar pesakit disyaki COVID-19 ke hospital di negara itu. Gambar hiasan/ Reuters.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719159376_TBKLM.jpg)
Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal
Sebuah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Belanda, KLM berpatah balik ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam sejurus berlepas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal.
![Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668692138_JudgeHendrikSteenh.jpg)
Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648036783_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641165230_protest.jpg)
COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.
![Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626876230_Banjir.jpg)
Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.
![Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17 Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623214179_MALAYSIA.jpg)
Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.
![Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61625611126_PeterRdeVries.jpg)
Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.
![Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618030064_UEFAEuroCup.jpg)
Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.
![Suspek serangan kereta api Paris dijatuhi hukuman penjara seumur hidup Suspek serangan kereta api Paris dijatuhi hukuman penjara seumur hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41608247167_MarkMoogalian.jpg)
Suspek serangan kereta api Paris dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Tertuduh, Ayoub El Khazzani, 31 tahun, yang berasal dari Maghribi, dipenjara seumur hidup dengan jaminan 22 tahun.
![MH17: Suspek nafi terlibat insiden tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17: Suspek nafi terlibat insiden tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/71593835905_MHCOURT.jpg)
MH17: Suspek nafi terlibat insiden tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines
Salah seorang suspek yang didakwa dalam perbicaraan kes tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 menafikan penglibatannya.