MEMILIKI umur yang panjang mungkin diidamkan oleh setiap orang di muka bumi ini.

Namun siapa sangka wanita tertua di dunia, Koku Istambulova berasa terseksa dengan umur panjangnya yang dikatakan adalah ‘sumpahan’ daripada Tuhan.

Pada usia 129 tahun, allahyarham dipercayai merupakan manusia tertua di dunia.

Ketika masih hidup, Istambulova mengakui bahawa beliau melalui pahit getir dalam kehidupannya semasa zaman penindasan diktator kesatuan Soviet Union, Joseph Stalin yang mengusir masyarakat Chechen secara besar-besaran ke Kazakhstan 75 tahun lalu.

Wanita tersebut menjadi berita utama pada tahun lalu apabila berkata beliau hanya pernah hidup bahagia pada satu hari dalam seumur hidupnya, iaitu pada hari beliau menjejakkan kaki ke rumah yang dibinanya apabila kembali daripada pengasingan ke Kazakhstan.


Ketika ditemu bual media tempatan tahun lalu, Koku masih ingat pahit getir dalam kehidupannya semasa zaman penindasan diktator Soviet Union, Joseph Stalin yang mengusir masyarakat Chechen secara besar-besaran ke Kazakhstan 75 tahun lalu.

Memetik laporan Daily Mail, allahyarham dipercayai lahir ketika Ratu Victoria menduduki takhta di Britain.

Walaubagaimanapun, pasport Rusianya hanya menunjukkan tahun kelahirannya dan bukan tarikh yang tepat.


Pasport Rusianya hanya menunjukkan tahun kelahirannya dan bukan tarikh yang tepat.



Cucunya, Illiyas Abubakarov berkata neneknya meninggal dunia ketika beliau makan malam seperti biasa di rumahnya di Chechnya.

“Nenek sedang bergurau dan bercakap tetapi tiba-tiba nenek berasa tidak sihat.

“Nenek mengadu sakit dada. Kita pun memanggil doktor dan kita diberitahu tekanan darahnya menurun dan suntikan diberikan kepadanya.

“Tetapi nenek gagal diselamatkan dan meninggal dunia kemudian dalam keadaan yang tenang sambil membaca doa,” kata Abubakarov.

Allahyarham meninggal dunia pada 27 Januari 2019 dan dikebumikan di kampung halamannya Bratskoe serta meninggalkan lima cucu dan 16 cicit.