TIGA anggota polis di Newborough, Australia menyerbu sebuah majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran seorang wanita yang ke-100, lantas menggari tangan individu yang sedang diraikan itu.
Datang dengan kenderaan polis, anggota berseragam itu terus menyasarkan wanita berkenaan yang sedang seronok bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.
Tiada apa yang boleh dilakukan wanita itu, malah tetamu yang hadir juga tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantunya.
Bagi Jean Bicketon, seorang bekas jururawat, insiden itu ‘pasrah’ diterimanya, malah disertai rasa ‘bersyukur’ dan gembira kerana itulah pengalaman yang hendak dirasainya sendiri.
Untuk sambutan 100 tahun usianya, aksi ditangkap polis dan digari itu adalah hadiah yang dimahukannya!
DailyMail UK melaporkan, hasrat ‘ditangkap pihak berkuasa’ itu telah mendapat kerjasama Polis Victoria yang mahu menggembirakan Bicketon, yang dalam majlis itu dilihat memakai dres merah jambu dan berhias tiara di kepalanya.
“Saya tidak pernah ditahan polis seumur hidup saya. Saya beritahu mereka, bahawa saya tak pernah mabuk dan tak pernah ditangkap. Tak pernah kehilangan lesen memandu dan tidak pernah buat masalah,” ujar Bicketon.
Sekeping gambar juga dikongsi laman Facebook jabatan polis berkenaan, menunjukkan Bicketon duduk bergambar di hadapan kereta polis bersama tiga anggota bertugas.
“Apabila kami mengetahui tentang keinginan Jean Bicketon, pasukan kami di balai Moe siap sedia untuk bertindak dan menunaikan permintaannya.
"Ketika meraikan hari kelahirannya itu di pusat jagaan orang tua Narracan Gardens, tiga konstabel muda menyerbu masuk, bersama lampu dan siren, bagi memastikan hasrat wanita itu dilunaskan,” ujar Polis Victoria melalui laman Facebook jabatan itu.
Bicketon mengakui, hari itu merupakan antara hari yang paling indah sepanjang hayatnya.
Agensi
Wed Aug 24 2022

Hasrat 'unik' Jane Bicketon mendapat perhatian polis dan tiga konstabel muda telah dihantar untuk menunaikannya. - Foto: Facebook Victoria Police

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Wanita 'terkejut' digari polis ketika rai sambutan ulang tahunnya yang ke-100
"Saya beritahu mereka, saya tak pernah mabuk, dan tak pernah buat salah," kata Jane Bicketon.