HIDANGAN sushi merupakan lambang pengaruh budaya Jepun di peringkat global, namun penyediaan hidangan itu masih terhad kepada kaum lelaki.
Lapor agensi berita AP, penyediaan itu seolah eksklusif kepada kaum lelaki kerana sikap 'macho' yang dikenali sebagai ‘Edo-style’ dan kepercayaan bahawa suhu badan wanita akan menyebabkan rasa yang kurang sedap jika ia disediakan oleh mereka.
Selaras dengan usaha kerajaan Jepun untuk menggalakkan wanita tergolong dalam tenaga kerja, ramai wanita mengambil inisiatif untuk mencabar tradisi ini.
"Saya rasa wanita lebih baik dari segi komunikasi dengan pelanggan, dan mereka baik hati dan lemah lembut," kata Yuki Chidui, 28, seorang chef sushi dan pengurus di restoran sushi Nadeshico di Tokyo.
Tambah beliau, berbeza dengan chef sushi lelaki, Chidui memilih cara ‘kawaii’ atau ‘comel’.
Chidui memberitahu bahawa dalam tempoh lima tahun menubuhkan Nadeschico, ada yang ragu-ragu dengan kebolehan beliau untuk menyediakan sushi.
Seorang chef sushi, Masayuki Tsukada, turut mengeluh dan berkata tiada rakan setugas wanita di tempat kerja beliau.
Katanya, apa yang penting adalah pengalaman, pandai bercakap dan tahu nama-nama ikan yang digunakan.
Menurut pengetua Tokyo Sushi Academy, Sachiko Goto pula, “Lebih ramai wanita diterima sebagai chef sushi di restoran dan juga di luar negara berbanding Jepun. Namun ia masih dikuasai oleh kaum lelaki.”
Lapor AP, tiada fakta rasmi tentang jumlah chef sushi wanita namun secara keseluruhannya Jepun mempunyai seramai 35,000 chef sushi.
Baru-baru ini, pihak kerajaan Jepun menggalakkan wanita untuk memasuki tenaga kerja serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.
Sasaran kerajaan Jepun adalah untuk wanita mengisi 30 peratus daripada jawatan kepimpinan pada tahun 2020.
Ketika ini, hanya lapan peratus wanita mengisi jawatan kepimpinan di syarikat yang memiliki 100 atau lebih pekerja.
Syafique Shuib
Thu Aug 13 2015
![Wanita Jepun mula cabar tradisi penyediaan sushi yang dikuasai kaum lelaki Wanita Jepun mula cabar tradisi penyediaan sushi yang dikuasai kaum lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61439477680_SUSHI.jpg)
Selaras dengan usaha kerajaan Jepun untuk menggalakkan wanita untuk tergolong dalam tenaga kerja, ramai wanita mengambil inisiatif untuk mencabar tradisi penyediaan sushi yang dikuasai kaum lelaki.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
![Wanita Jepun mula cabar tradisi penyediaan sushi yang dikuasai kaum lelaki Wanita Jepun mula cabar tradisi penyediaan sushi yang dikuasai kaum lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61439477680_SUSHI.jpg)
Wanita Jepun mula cabar tradisi penyediaan sushi yang dikuasai kaum lelaki
Penyediaan sushi itu seolah eksklusif kepada kaum lelaki kerana sikap macho yang dikenali sebagai Edo-style namun kaum wanita mempunyai cara tersendiri untuk menyediakan hidangan tradisional itu.