PELIK tetapi benar tetapi inilah yang berlaku di Michigan apabila seorang wanita yang telah diisytiharkan mati dilaporkan ‘hidup semula’ ketika mayatnya ingin diawetkan.
Wanita berkenaan, Timesha Beauchamp, 20, disahkan meninggal dunia di Southfield, Michigan, pada awal pagi Ahad (waktu tempatan) akibat serangan jantung dan mayatnya dibawa ke rumah pengebumian di Detroit.
Namun, tatkala kerja-kerja pengawetan ingin dijalankan ke atasnya, mata wanita itu terbuka dan dia didapati masih bernyawa!
“Untuk makluman, secara jujurnya pihak rumah pengebumian baru sahaja ingin menjalankan kerja-kerja pengawetan dengan mengeluarkan seluruh darah dari badannya,” kata peguam Geoffrey Fieger kepada media.
Menurut Fieger, pihak paramedik telah berusaha untuk menyelamatkan wanita itu melalui kaedah resusitasi selama lebih 30 minit dan berunding dengan doktor di bilik kecemasan.
Bagaimanapun, doktor mengisytiharkan Beauchamp telahpun ‘mati’ dengan sokongan butiran laporan kesihatan ketika kejadian.
Malah, menurut pihak bomba Southfield, Pejabat Pemeriksaan Perubatan Oakland County turut menyatakan mayat Beauchamp akan diberikan kepada keluarganya tanpa proses bedah siasat.
Akan tetapi, pihak Rumah Pengebumian James H Cole mendapati Beauchamp masih hidup walaupun telah disahkan mati lebih satu jam.
“Kakitangan kami mengesahkan dia (Beauchamp) masih bernafas dan segera memanggil kru kecemasan kesihatan.
“Kakitangan kami juga hampir menjalankan kerja-kerja pembersihan mayat dan ingin mengawetnya,” kata jurucakap rumah pengebumian berkenaan.
Setakat ini, tiada maklumat rasmi dikeluarkan berhubung insiden itu.
Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.
Afiq Ariffin
Tue Aug 25 2020

Timesha Beauchamp disahkan meninggal dunia di Southfield, Michigan akibat serangan jantung dan 'mayatnya' dibawa ke rumah pengebumian di Detroit. -Gambar hiasan

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Wanita diisytihar mati 'hidup semula' ketika hampir diawet
Pelik tetapi benar..inilah kejadian yang berlaku di Michigan apabila seorang wanita yang telah diisytiharkan mati, dilaporkan hidup semula ketika mayatnya ingin diawetkan.