SEORANG wanita warga Indonesia tampil memohon maaf selepas mencetuskan kontroversi video 'makan daging babi' di media sosial.
Wanita yang dikenali sebagai Arsy Hallawi memuat naik video berkenaan dan mendakwa bahawa daging yang dimakannya itu sebenarnya ialah daging ayam.
"Saya meminta maaf atas kelakuan dan kata-kata saya yang menuduh pekerja Indonesia di Singapura, Hong Kong dan Taiwan memakan daging babi,” katanya.
Menurutnya, daging ayam dan kulit ayam yang putih itu sengaja diletakkan kicap untuk mengelirukan orang ramai.
Arsy mendakwa dia sengaja memuat naik video itu kerana mahu netizen melupakan video di mana dia dituduh cuba merampas suami orang.
“Walaupun kejadian itu sudah lama, tetapi ia tetap memberi tekanan kepada saya,” katanya dalam video berkenaan.
Arsy sebelum ini menerima kecaman hebat daripada netizen apabila dia memuat naik sebuah video di Facebook yang menunjukkan dia sedang makan sejenis daging dimasak kicap yang didakwanya babi.
“Saya sedang makan kerana saya lapar, saya masak daging babi. Ini bahagian paha yang masih muda, jadi dagingnya lembut dan tidak keras,” kata Arsy dalam video yang tular itu.
Wanita berhijab yang dipercayai bekerja di Hong Kong itu turut menuduh warga Indonesia yang bekerja di Hong Kong, Taiwan dan Singapura sebagai berbohong jika mereka tidak pernah makan daging babi.
Agensi
Fri Mar 16 2018
Arsy Hallawi dengan bangga menunjukkan dia sedang memakan daging masak kicap yang didakwanya babi di dalam videonya. - Foto Facebook / Yayah Ridho
Tujuh ditahan culik remaja perempuan 15 tahun
Tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 16 November lalu.
[TERKINI] Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari, yang dilaporkan hilang 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Wanita berhijab mohon maaf selepas kontroversi makan 'daging babi'
Seorang wanita warga Indonesia tampil memohon maaf selepas mencetuskan kontroversi selepas memuat naik video mengaku memakan daging babi di laman sosial, Facebook.