SEBUAH rumah yang dimiliki seorang wanita di Pengam Green, Cardiff, Wales diserang ribuan ekor lalat sehingga dia tidak mampu melakukan sebarang rutin sejak dua bulan lalu.
Memetik laporan Wales Online, Julie Crichton, 51 tahun, berkata dia turut berhenti menjemput tetamu ke rumahnya disebabkan insiden berkenaan.
“Ia sangat mengerikan. Keadaan ini sudah berlarutan sejak dua bulan. Macam-macam sudah saya lakukan.
“Saya memasang perangkap lalat, skrin di pintu, namun lalat tetap memasuki rumah saya. Saya tidak boleh memasak. Adakalanya hendak meminum secawan kopi pun tidak boleh,” katanya.
Menurut Julie, dia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk membeli alat membunuh lalat dan perangkap serta peralatan membersih termasuk membeli makanan.
“Lalat-lalat itu sentiasa ada. Tiada langsung masa ‘berehat’. Ia memenuhi setiap ruang rumah termasuk bilik tidur terutamanya di bahagian dapur.
“Tidak kira bersih mana pun saya mengemas, lalat-lalat itu sentiasa ada. Saya membelanjakan lebih £100 (RM505) tahun lalu.
“Saya tidak akan sesekali menjemput tetamu ke rumah kerana ia membuatkan saya merasakan semuanya dalam keadaan tidak bersih, tetapi sebenarnya tidak. Ini sungguh memalukan,” jelasnya.
Terdahulu, menurut laporan di akhbar tempatan, terdapat beberapa kawasan yang turut terlibat dalam situasi itu termasuk Splott, Tremorfa dan Pengam Green.
Dalam pada itu, jurcakap Natural Resource Wales, masalah itu berkait dengan bekas sisa makanan di pusat tapak pemprosesan di Celsa yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahan terlibat.
Dipercayai, tin makanan yang belum dibersihkan dihantar ke pusat kitar semula dan ia sekali gus menarik perhatian serangga berkenaan.
Agensi
Sun Aug 04 2019
Julie Crichton, 51 tahun, berkata dia turut berhenti menjemput tetamu ke rumahnya disebabkan insiden berkenaan.- Gambar fail
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Wanita berang, rimas rumahnya 'diserang' ribuan lalat
Kediaman seorang wanita diserang ribuan lalat sehingga dia tidak mampu melakukan sebarang rutin sejak dua bulan lalu di Pengam Green, Cardiff.
Siapa lagi kalau bukan Salah?
Mohamed Salah pastikan Liverpool mendahului tujuh mata di puncak liga selain tiga gol sendiri gol dijaringkan dalam aksi EPL pada Sabtu.
Putera Harry, Meghan Markle berkunjung ke Istana Cardiff
Putera Harry dan tunangnya, Meghan Markle melakukan kunjungan ke Istana Cardiff pada Khamis sebagai sebahagian daripada program memperkenalkan empat penjuru negara Britain kepada Markle.