Presiden Rusia Vladimir Putin tidak menolak kemungkinan untuk mempertahankan jawatan apabila penggalnya tamat 2024.

Namun, katanya pada satu sidang Parlimen Selasa, mahkamah perlembagaan perlu meluluskan langkah tersebut terlebih dahulu.

Terdahulu, seorang ahli parlimen sudah mengemukakan usul untuk tidak mengehadkan penggal presiden.

Ini bermakna, Putin, 67 tahun, ada kemungkinan kekal berkuasa sehingga 2036, apabila dia menang untuk dua penggal.




Bekas pegawai KGB Soviet itu sudah memegang tampuk kuasa selama 20 tahun.

Pada 2008-2012, Putin menjadi perdana menteri dan memberi laluan kepada sekutu rapatnya Dmitri Medvedev menjadi presiden.

Satu pengundian awam akan dijalankan 22 April depan bagi menentukan sama ada perubahan perlembagaan ini disokong.