Parlimen Ukraine mengundi menyingkirkan President Viktor Yanukovich, manakala bekas Perdana Menteri Ukraine Yulia Tymoshenko dibebaskan.

Yanukovich disingkirkan beberapa jam selepas beliau meninggalkan pejabatnya.

Dalam pengundian yang dilakukan, 328 daripada 447 ahli menyokong pemecatan dan menuduh presiden menyalahguna kuasa.

Dalam keputusannya, parlimen menyingkirkan Yanukovich dan mengisytiharkan beliau tidak lagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua negara.

Berikutan itu, pilihan raya umum diisytihar bakal diadakan pada 25 Mei depan.

Yanukovich sebelum ini telah menetapkan pilihan raya awal.

Keputusan itu disifatkan terlambat selepas tiga bulan protes besar-besaran anti kerajaan diadakan oleh penunjuk perasaan.

Tekanan memaksa Yanukovich meninggalkan ibu negara namun masih enggan meletakkan jawatannya.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku sebagai rampasan kuasa yang dilapor berada di kawasan timur negara itu.

Sementara itu bekas Perdana Menteri Ukraine, Yulia Tymoshenko yang ditahan lebih dua tahun setengah di penjara dibebaskan.

Sejurus selepas dikeluarkan dari tahanan, ikon bertocang perang itu terus ke kem tunjuk perasaan pembangkang di tengah ibu negara itu.

Beliau sebelum ini telah dipenjarakan atas tuduhan menyalahguna kuasa.

Pembebsan tokoh yang pernah terbabit dalam Revolusi Orange Pad 2004 itu dilihat akan meningkatkan tekanan kepada kerajaan kerana Tymoshenko turut menyuarakan pendirian untuk bertanding pada pilihan raya presiden.