PARIS: Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne pada Isnin terselamat daripada undi tidak percaya apabila usul itu gagal mendapat sokongan majoriti.
Parlimen menolak usul dikemukakan Kesatuan Rakyat Sosial dan Ekologi Baharu (NUPES), dan hanya memperoleh sokongan 146 daripada 577 Ahli Parlimen, lapor Agensi Anadolu.
Borne mengecam percubaan parti pembangkang untuk menjatuhkan kerajaannya, sambil menyifatkan cubaan itu mengganggu tugas Parlimen.
"Perancis memerlukan kerajaan yang menjalankan tugasnya, tetapi sebahagian lagi mahu menyekatnya," katanya.
Di Perancis, usul undi tidak percaya pernah diluluskan ketika kerajaan pimpinan Georges Pompidou berkuasa pada 1962, hingga terpaksa meletak jawatan, tetapi kembali berkuasa dalam pilihan raya seterusnya
Parti berhaluan kanan yang diketuai Marine le Pen - pencabar Presiden Emmanuel Macron - tidak menyokong usul itu.
Alexandre Loube, ahli parti itu berkata kerajaan perlu mengelak daripada menghadapi lagi satu krisis tatkala negara sedang dilanda "krisis sosial, ekonomi dan keselamatan."
Pemimpin gabungan NUPES mempertahankan usul itu dan mendakwa kurang kepercayaan terhadap kerajaan Borne.
Perikatan Macron hilang majoriti dan parti pembangkang juga menolak tawarannya untuk membentuk "kerajaan perpaduan".
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 12 2022
Borne mengecam percubaan parti pembangkang untuk menjatuhkan kerajaannya, sambil menyifatkan cubaan itu mengganggu tugas Parlimen. - Foto AP
Azerbaijan konsisten pertahan kepentingan negara Islam - Presiden Aliyev
Azerbaijan sentiasa menjadi anggota dunia Islam yang dihargai dan ia secara konsisten mempertahankan kepentingan negara Islam dalam semua pertubuhan antarabangsa.
LRT: Kerajaan beri perhatian serius kebimbangan penduduk Pulau Pinang - Anwar
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius mengenai kebimbangan penduduk Pulau Pinang tentang sebahagian kawasan Tapak Pesta Sungai Nibong.
SPRM: Reman pengurus akaun badan berkanun di Perlis disambung
Reman terhadap seorang pengurus akaun sebuah badan berkanun di Perlis yang berakhir hari ini, disambung tiga hari bermula esok.
Wujud unsur kecuaian pengasuh taska, tinggal bayi tanpa pemantauan - Polis
Terdapat unsur kecuaian atau pengabaian oleh pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) berhubung kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan, 3 Jan lepas.
Lelaki nekad buka pintu pesawat selepas bertengkar dengan kekasih
GARA-GARA bertengkar dengan teman wanita, seorang lelaki nekad membuka pintu pesawat yang bersedia untuk berlepas walau cuba dihalang penumpang yang lain.
DBKL arah henti penganjuran Havoc Food Festival di Setapak
Penganjuran Karnival Havoc Food Festival yang diadakan di tempat letak kereta Sama Square di Setapak sejak 9 Jan dan dijangka tamat esok (12 Jan), diarah dihentikan bermula hari ini.
Kanak-kanak autistik dilapor hilang, ditemui lemas di Sungai Kedah
Kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun yang dilapor hilang di Taman Tunku Tabor, semalam ditemui lemas di Sungai Kedah, hari ini.
Banjir Kota Tinggi: 10 jalan terputus hubungan
Sebanyak 10 jalan di daerah ini terputus hubungan susulan banjir yang melanda disebabkan hujan lebat sejak pagi Jumaat.
AWANI Ringkas: Sistem kod QR diperluas di lapangan terbang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Minggu penuh bermakna dan produktif buat Malaysia' - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tempoh sepanjang minggu ini sebagai penuh bermakna dan produktif buat Malaysia.
Kerajaan Perancis dijangka tumbang akhir minggu ini
Parti sayap kanan dan kiri kemuka usul tidak percaya pada semalam (Isnin) terhadap Perdana Menteri Michel Barnier.
Pahang mempunyai potensi lahirkan pemimpin berkaliber
Ia bersandarkan kepada pelbagai insentif dan dasar yang dilaksanakan kerajaan negeri Pahang termasuk program Akademi Menara Gading.
PM Kanada Trudeau sekali lagi terselamat daripada usul undi tidak percaya
Kerajaan minoriti Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau sekali lagi berjaya mengatasi undi tidak percaya yang dicadangkan oleh Parti Konservatif.
Tiada notis usul undi tidak percaya terhadap PM diterima setakat ini - Johari Abdul
Johari Abdul berkata sehingga kini, Parlimen belum menerima sebarang notis rasmi berhubung usul undi tidak percaya terhadap Anwar daripada mana-mana Ahli Parlimen, termasuk pihak pembangkang.
Penubuhan kerajaan hari ini berasaskan rundingan terbuka, keabsahannya dibuktikan
Penubuhan kerajaan hari ini adalah jelas berasaskan rundingan terbuka yang diikuti rapat oleh semua pemerhati sejak hari pertama dan keabsahannya juga telah dibuktikan.
PM Anwar cabar pembangkang bawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat
Datuk Seri Anwar mencabar pembangkang untuk membawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat jika mahu menumbangkan kerajaan.
Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara
Menteri Penerangan Attaullah Tarar berkata kerajaan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Agung selepas mendapat kelulusan Kabinet.
Tiada usul undi tidak percaya diterima setakat ini - Johari
Johari Abdul hari ini mengesahkan tiada usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikemukakan setakat ini bagi persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula 26 Februari ini.
'Angka usul undi tak percaya terhadap PM makin merosot' - Ahmad Maslan
Pembangkang tidak lagi mempunyai kekuatan untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pembangkang Jepun kemuka usul tidak percaya ke atas kerajaan Kishida
Parti pembangkang Jepun Constitutional Democratic Party (CDP), mengemukakan usul undi tidak percaya ke atas kerajaan Perdana Menteri Fumio Kishida.