GENEVA: Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menggesa perluasan usaha menyelamat bagi pendatang di laluan penghijrahan utama ke Eropah, yang menghadapi 'kengerian yang tidak dapat dibayangkan'.
Utusan khas UNHCR Vincent Cochetel menggesa kerjasama dipertingkat dengan pihak berkuasa tempatan dan meminta dana tambahan daripada negara penderma, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Ini termasuk akses yang lebih baik kepada laluan undang-undang untuk keselamatan dan meningkatkan perkhidmatan perlindungan bagi mangsa serta mereka yang berisiko menjadi mangsa di sepanjang laluan," kata Cochetel pada Selasa di Geneva.
Menurut laporan baharu UNHCR, setiap tahun ratusan ribu orang mempertaruhkan nyawa mereka untuk berhijrah dari negara-negara sub-Sahara di Afrika serta dari Asia dan Timur Tengah.
UNHCR berkata ramai yang dalam perjalanan ini meremehkan risiko dan bahaya perjalanan, dengan ramai yang meninggal dunia ketika melintasi padang pasir atau berhampiran sempadan, sementara yang lain mengalami pelanggaran hak asasi manusia yang serius.
"Ramai yang tidak pergi ke ibu kota yang menempatkan petugas kemanusiaan dan mereka boleh diwakili dengan baik," kata Cochetel.
"Mereka memulakan laluan sekunder, sampai ke bandar-bandar kecil di kawasan yang sukar dijangkau" termasuk di Gurun Sahara. "Di sinilah perkhidmatan harus ditempatkan."
UNHCR menambah bahawa tiga perempat daripada lebih 108 juta orang yang terpaksa berpindah di seluruh dunia, tinggal di negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Menurut angka oleh agensi migrasi PBB IOM, lebih 280 juta orang (atau 3.6 peratus daripada penduduk global) adalah migran antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 05 2024

Vincent Cochetel menggesa kerjasama dipertingkat dengan pihak berkuasa tempatan dan meminta dana tambahan daripada negara penderma. - Gambar x @vincent cochetel
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.
Suri rumah tikam suami hingga mati, tidak beri respons
Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang atas pertuduhan membunuh suaminya di sebuah pangsapuri di Bandar Teknologi, Semenyih, pada 16 Februari lalu.

PM Anwar lakukan lawatan kerja ke Vietnam esok, sampai ucaptama pada ASEAN Future Forum
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja ke Vietnam bermula esok dan akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu.

Celik MADANI: 1 juta pelajar IPT akan terima pelaburan awal RM50 – Amir Hamzah
Seramai satu juta pelajar Institusi Pengajian Tinggi akan menerima pelaburan awal percuma sebanyak RM50 menerusi program Celik MADANI.

Konya, mutiara Turkiye yang kaya sejarah
Bandar tertua di Turkiye dengan populasi lebih dua juta penduduk itu, Konya sinonim sebagai pusat pemerintahan Seljuk antara 1071 hingga 1308.

OKU maut di stesen LRT: Loke nafi sistem PIES gagal berfungsi
Menteri Pengangkutan menafikan Sistem Keselamatan Penumpang (PIES) di stesen LRT Titiwangsa gagal berfungsi ketika kejadian seorang penumpang OKU mati digilis.

Utamakan graduan IMPAC, kurangkan kebergantungan pekerja asing - Johari
Pemain industri sektor perladangan dan agrikomoditi digesa aktif memastikan graduan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) memasuki pasaran pekerjaan dan merasai pengalaman praktikal.
Pendandan rambut maut, kemalangan empat kenderaan
Seorang pendandan rambut berusia 21 tahun maut selepas kenderaan yang dipandunya dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh tiga kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Semenyih-Kajang, Selangor pada Ahad.
"Tidak ada sekolah yang akan ditutup dibawah Kerajaan MADANI" - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan menegaskan tidak ada SKJT yang akan ditutup dibawah Kerjaan MADANI.
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kerajaan jumpa TikTok berhubung sekatan 18 akaun TikTok Media
Kerajaan menerusi MCMC akan mengadakan perbincangan dengan pengendali platform TikTok bagi mendapat penjelasan mengenai 18 akaun TikTok organisasi media yang disekat, baru-baru ini.

Hampir 200,000 pelarian Syria pulang sejak kejatuhan Assad - PBB
Antara 8 Disember hingga 16 Januari, kira-kira 195,200 rakyat Syria telah kembali ke negara asal mereka.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pulau Pinang akan tubuh jawatankuasa, garis panduan khusus tangani gelandangan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam proses untuk menubuhkan jawatankuasa dan mengembangkan garis panduan khusus bagi menangani serta membantu populasi gelandangan di negeri ini.

Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.

250,000 orang larikan diri dari Lubnan ke Syria berikutan serangan Israel - PBB
Kira-kira 250,000 orang menyeberang dari Lubnan ke Syria berikutan serangan yang diperhebatkan oleh Israel, menurut UNHCR.

Bangladesh tidak dapat tampung lagi pelarian Rohingya - Penasihat Luar
Dhaka gesa negara dan organisasi yang mengesyorkan pengambilan selanjutnya supaya mereka berkongsi beban itu sendiri.

Olimpik Paris 2024: UNHCR catat sejarah hantar kontinjen pelarian terbesar dan raih pingat sulung
Dengan 37 atlet yang bertanding dalam 12 sukan berbeza, ini adalah pasukan pelarian terbesar sejak IOC menubuhkan pasukan pelarian pertama pada Sukan Olimpik 2016.

UNHCR: Pendatang hadapi 'kengerian yang tidak dapat dibayangkan' di laluan utama ke Eropah
UNHCR menggesa perluasan usaha menyelamat bagi pendatang di laluan penghijrahan utama ke Eropah, yang menghadapi 'kengerian yang tidak dapat dibayangkan'.

Penjawat awam antara empat ditahan menyamar polis, samun warga Myanmar
Seorang penjawat awam antara empat lelaki ditahan menyamar sebagai polis dan disyaki menyamun lapan warga Myanmar di Kampung Kubang Tin, Melor di sini semalam.

1.7 juta penduduk hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza, kata PBB
Kira-kira 1.7 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal secara paksa di Semenanjung Gaza akibat pencerobohan Israel.