NAIROBI: Ketika dunia berdepan pelbagai krisis berganda pada ketika ini, ramai beranggapan bahawa penyelesaiannya bergantung kepada aspek kewangan.
Namun itu dinafikan dengan tegas oleh Duta Muhibbah UN-Habitat, Puteri Lamia Majed Al-Saud.
“Wang bukanlah puncanya, tetapi kita gagal untuk memahami dan mengenal pasti jurang keperluan antara satu negara dengan negara yang lain, itu adalah masalah yang sebenar.
Puteri Lamia berkata demikian dalam sidang media di Perhimpunan UN-Habitat yang kini berlangsung di Nairobi, Kenya.
Setiausaha Agung di Alwaleed Philanthropies ini turut mengingatkan bahawa krisis-krisis yang berlaku di seluruh dunia pada hari ini bukanlah perkara yang baharu.
"Kita harus mengakui, perkara ini bukanlah baharu. Krisis kemanusiaan, peperangan dan pelbagai masalah lain sentiasa berlaku.
"Saya yakin kita gagal mengenal pasti keperluan yang sebenar bukannya kerana tidak ada sumber kewangan, dan lebih banyak usaha yang lebih serius perlu dilakukan.
Lamia turut mengatakan bahawa Alwaleed Philanthropies sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan pihak yang mempunyai idea penyelesaian terbaik.
"Jika anda datang kepada kami, kami mahukan kertas kerja atau kerjasama yang mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai dan dapat merapatkan jurang yang ada.
"Kita perlukan kesungguhan untuk melakukan lebih lagi," kata beliau.
Alwaleed Philanthropies mendukung inisiatif di lebih 164 buah negara di seluruh dunia dengan kerjasama bersama kerajaan, badan bukan kerajaan dan organisasi pendidikan untuk menangani isu kemiskinan, hak upaya wanita dan belia, serta memberikan bantuan segara dalam krisis kemanusiaan.
Puteri Lamia yang baru-baru ini dilantik semula sebagai Duta Muhibbah UN-Habitat untuk penggal kedua aktif dalam isu penyelesaian bandar selain menyokong dana untuk pelbagai inisiatif berkaitan perumahan, COVID-19 dan juga krisis perubahan iklim.
Mohd Dzulfitri Md Yusuf
Wed Jun 07 2023
PUTERI LAMIA: Wang bukanlah puncanya, tetapi kita gagal untuk memahami dan mengenal pasti jurang keperluan antara satu negara dengan negara yang lain, itu adalah masalah yang sebenar. -Foto UN Habitat
[TERKINI] Pesawat bawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan, 12 terselamat
Sebuah pesawat Azerbaijan Airlines membawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan
Pesawat Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan
Pasukan penyiasat berkata mereka sedang meneliti punca kejadian dan tidak menolak sebarang kemungkinan, termasuk masalah teknikal.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Nahas ngeri Ayer Keroh: 'Tulang paha Uwais pecah, perlu dibedah petang ini juga' - Exco
Pembedahan terhadap Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akan dijalankan petang ini.
Peluru berpandu dari Yaman berjaya dipintas tentera Zionis
Tentera Israel mendakwa berjaya memintas sebuah peluru berpandu yang dilepaskan dari Yaman pada awal Rabu.
Warga Gaza berharap kerakusan Zionis berakhir
Di sebalik konflik yang berterusan, penduduk Gaza yang beragama Kristian tidak ketinggalan menyertai upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Krismas.
Warga Palestin tidak boleh putus harapan untuk terus hidup
Bercakap semasa sambutan perayaan Krismas, Datuk Bandar Betlehem, Anton Salman berkata, tanpa harapan, sudah pasti sukar untuk meneruskan kehidupan di sebalik kezaliman yang didepani mereka.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan lori terbabit tercabut.
Nahas Ayer Keroh: Tujuh masih dirawat, dua ditempatkan di ICU
Tujuh mangsa kemalangan ngeri melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua daripadanya ditempatkan di unit rawatab rapi (ICU).
Nahas Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Polis telah merakam keterangan pemandu lori yang terlibat dengan nahas ngeri mengorbankan tujuh individu di kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, pada Selasa.
UN-Habitat: Puteri Arab Saudi sangkal dakwaan dana punca krisis dunia tidak dapat diselesaikan
Setiausaha Agung di Alwaleed Philanthropies ini turut mengingatkan bahawa krisis-krisis yang berlaku di seluruh dunia pada hari ini bukanlah perkara yang baharu.