White House mengumumkan untuk menyalur bantuan kepada kumpulan penentang dalam usaha mengguling pentadbiran Presiden Bashar Al Assad.

Antara bantuan yangi diberikan termasuk aspek persenjataan dan latihan ketenteraan.

Kenyataan berkenaan dibuat jurucakapnya, Jay Carney selepas akhbar Washington Post menyiarkan berita, Amerika Syarikat menimbang untuk mengubah dasarnya ke atas Syria.

Bagaimanapun ia tidak memperinci bentuk bantuan ketenteraan yang akan diberikan kepada kumpulan penentang.

Langkah itu sebahagian daripada usahanya bagi membantu rakyat negara berkenaan menghadapi serangan tentera kerajaan.

Isnin lalu, Setiausaha Negara John Kerry dalam kenyataan di London memaklumkan Presiden Barrack Obama telah bersetuju untuk mengambil lebih banyak langkah bagi melindungi rakyat Syria.

Konflik yang berpanjangan sejak lebih 2 tahun lalu, memakan korban lebih 70 ribu nyawa manakala berjuta lagi terpaksa menjadi pelarian ke negara jiran.