KETIKA Amerika Syarikat buat pertama kalinya melancarkan serangan ke bumi Syria pada awal hari ini, tentera rejim Syria yang dipimpin diktator Bashar Al- Assad sebaliknya mengeluarkan amaran kepada rejim Israel.
Tentera Syria dilaporkan mengugut akan melancarkan peluru berpandu SCUD ke arah Israel sekiranya rejim itu berterusan melancarkan serangan ke arah Syria, lapor Israel Today.
Semenjak bermulanya perang di Syria, Israel dipercayai telah melancarkan beberapa serangan ke atas beberapa lokasi di Syria.
Alasan utamanya adalah untuk menggagalkan proses penghantaran senjata kepada pejuang Hezbollah, yang dikaitkan dengan Assad.
Tentera Israel juga telah membalas serangan ke arah Syria beberapa kali, selepas kawasan di Bukit Golan dibom oleh kumpulan pemberontak.
Dalam satu mesej kepada Israel seperti yang dilaporkan oleh media Lubnan Al-Diyar, rejim Assad mengingatkan: "Syria boleh membalas serangan Israel dengan menembak peluru berpandu SCUD sekiranya mereka menyerang Syria sekali lagi."
Syria dikatakan memiliki lebih 800 peluru SCUD, setiap satunya berkebolehan menghantar satu muatan separuh tan bahan letupan dan dianggap kepala peledak kimia paling berbahaya.
Meskipun sekutu Syria, Rusia, dipercayai akan menghalang Assad daripada menyerang Israel namun kemungkinan untuk Assad melancarkan serangan itu tetap ada memandangkan ia merupakan salah satu usahanya untuk terus berkuasa.
Agensi
Fri Apr 07 2017
![Syria ugut lancar peluru berpandu SCUD ke arah Israel Syria ugut lancar peluru berpandu SCUD ke arah Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/41491545850_Israelmissile.jpg)
Susulan perkembangan di Syria awal pagi ini, Israel turut menggerakkan jentera pertahanan negara itu termasuk menyediakan penangkis peluru berpandu bagi menghadapi segala kemungkinan. - Foto fail Reuters
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721011336_PerikatanNasional.jpg)
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![750 suspek pengikut Daish bebas susulan serangan Turki 750 suspek pengikut Daish bebas susulan serangan Turki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/81505897648_IslamicMilitant.jpg)
750 suspek pengikut Daish bebas susulan serangan Turki
Sekurang-kurangnya 750 orang yang disyaki terbabit dengan Daish dilaporkan telah melarikan diri dari kem perpindahan Ain Issa di timur laut Syria.
![Presiden Syria, Bashar Al Assad masih enggan berunding di Geneva Presiden Syria, Bashar Al Assad masih enggan berunding di Geneva](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/61494560675_BasharalAssad.jpg)
Presiden Syria, Bashar Al Assad masih enggan berunding di Geneva
Kumpulan pembangkang Syria mendesak Rusia agar dapat meyakinkan Presiden Bashar Al Assad ke meja rundingan.
![Syria ugut lancar peluru berpandu SCUD ke arah Israel Syria ugut lancar peluru berpandu SCUD ke arah Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/41491545850_Israelmissile.jpg)
Syria ugut lancar peluru berpandu SCUD ke arah Israel
Syria dikatakan memiliki lebih 800 peluru SCUD, setiap satunya berkebolehan menghantar satu muatan separuh tan bahan letupan.
![$5.2 bilion diperlu bantu mangsa konflik di Syria $5.2 bilion diperlu bantu mangsa konflik di Syria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/81357520178_295x200.jpg)
$5.2 bilion diperlu bantu mangsa konflik di Syria
Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu menjangkakan menjelang hujung tahun, separuh daripada penduduk negara berkenaan perlu bantuan.
![Aktivis penentangan Syria kecewa dengan sokongan dunia Aktivis penentangan Syria kecewa dengan sokongan dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/71363397879_295x200.jpg)
Aktivis penentangan Syria kecewa dengan sokongan dunia
Kumpulan aktivis kecewa selepas dua tahun sokongan antarabangsa ke atas perjuangan mereka menentang rejim Bashar Al Assad didakwa semakin berkurangan.
![Pertempuran cemari ulang tahun kebangkitan Syria Pertempuran cemari ulang tahun kebangkitan Syria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/81363395009_295x200.jpg)
Pertempuran cemari ulang tahun kebangkitan Syria
Pertempuran sengit di Daraa dan Homs diserang bertalu ketika ulang tahun kedua kebangkitan rakyat Syria menentang kepimpinan Presiden Bashar al Assad.
![30 terbunuh dalam serangan di timur Damsyik 30 terbunuh dalam serangan di timur Damsyik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-11/51352007791_120x90.jpg)
30 terbunuh dalam serangan di timur Damsyik
Lebih 30 terbunuh selepas tentera kerajaan Syria menyerang sebuah stesen minyak di timur Damsyik.
![60 ribu warga Syria terkorban sepanjang 22 bulan 60 ribu warga Syria terkorban sepanjang 22 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-11/51352007791_120x90.jpg)
60 ribu warga Syria terkorban sepanjang 22 bulan
Lebih 60 ribu penduduk Syria dilaporkan terkorban sepanjang 22 bulan kebangkitan menentang kepimpinan Presiden Bashar Al Assad.