DHAKA: Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengumumkan bantuan kemanusiaan tambahan melebihi AS$170 juta untuk Rohingya di Myanmar dan di luar negara serta negara tuan rumah Bangladesh.
Dengan pembiayaan baharu itu, jumlah bantuan AS untuk tindak balas krisis pelarian Rohingya mencecah sekitar AS$1.9 bilion sejak Ogos 2017, kata Setiausaha Negara AS Antony Blinken dalam satu kenyataan.
Bangladesh kini menjadi tuan rumah kepada lebih 1.2 juta pelarian Rohingya yang melarikan diri dari Rakhine Myanmar akibat kekejaman tentera pada Ogos 2017, lapor Agensi Anadolu.
Dengan peruntukan hampir AS$138 juta bagi mengadakan program khusus di Bangladesh, ia menyediakan sokongan berterusan kepada lebih 940,000 pelarian Rohingya, dan 540,000 ahli komuniti tuan rumah di Bangladesh.
"Kami menggesa penderma lain untuk menyumbang kepada tindak balas kemanusiaan dan meningkatkan sokongan kepada mereka yang terjejas akibat keganasan di Burma (Myanmar).
"Menyedari bahawa keadaan di Burma pada masa ini tidak membenarkan kepulangan yang selamat, sukarela, bermaruah dan mampan buat pelarian Rohingya, kami bekerjasama dengan Kerajaan Bangladesh, Rohingya, dan penduduk di Burma ke arah mencari penyelesaian kepada krisis itu," kata Blinken dalam kenyataan itu.
Sementara itu, Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina pada Khamis berkata Bangladesh perlu membelanjakan kira-kira AS$1.22 bilion setiap tahun untuk pelarian Rohingya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri acara peringkat tinggi mengenai krisis Rohingya yang dianjurkan di sebuah hotel di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Perlindungan kepada pelarian telah menyebabkan Bangladesh kehilangan biodiversiti dan kawasan hutan seluas kira-kira 2,630 hektar tanah, katanya.
Dalam ucapannya, beliau menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyokong Rohingya dari segi politik dan kewangan, termasuk menyokong Gambia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa bagi mengukuhkan usaha menentang pencabulan hak asasi manusia di Myanmar serta memastikan penghantaran pulang Rohingya dengan selamat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 23 2022
![AS umum lebih AS$170 juta bantuan kemanusiaan untuk Rohingya AS umum lebih AS$170 juta bantuan kemanusiaan untuk Rohingya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655720694_rohingya.jpg)
Bangladesh kini menjadi tuan rumah kepada lebih 1.2 juta pelarian Rohingya yang melarikan diri dari Rakhine Myanmar. - Foto fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Arahan pemindahan tentera Israel halang bantuan PBB Arahan pemindahan tentera Israel halang bantuan PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701483585_HumanitarianAid.jpg)
Arahan pemindahan tentera Israel halang bantuan PBB
Perintah pemindahan tentera Israel di Gaza memusnahkan usaha PBB hantar bantuan kemanusiaan.
![PBB dedah kesukaran hantar bantuan ke Gaza PBB dedah kesukaran hantar bantuan ke Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/61591916111_STEPHANEDUJARRIC.jpg)
PBB dedah kesukaran hantar bantuan ke Gaza
Menurut Stephane Dujarric, tiada lagi tempat selamat di wilayah itu.
![Raja Maghribi arah bantuan perubatan kemanusiaan untuk Gaza Raja Maghribi arah bantuan perubatan kemanusiaan untuk Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719315572_RajaMaghribiMohamm.jpg)
Raja Maghribi arah bantuan perubatan kemanusiaan untuk Gaza
Raja Maghribi Mohammed VI telah mengarahkan pelaksanaan operasi bantuan perubatan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Gaza.
![Lebih banyak kapal berlabuh di jeti kemanusiaan di Gaza Lebih banyak kapal berlabuh di jeti kemanusiaan di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719016260_tbhumanitarianaid.jpg)
Lebih banyak kapal berlabuh di jeti kemanusiaan di Gaza
Jeti terapung itu berlabuh di pantai Gaza pada Rabu selepas menghadapi beberapa halangan.
![PBB gesa akses lebih mudah untuk misi kemanusiaan ke Gaza PBB gesa akses lebih mudah untuk misi kemanusiaan ke Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717860547_Palestinians.jpg)
PBB gesa akses lebih mudah untuk misi kemanusiaan ke Gaza
Farhan Haq menekankan bahawa kekangan akses terus menjejaskan penghantaran bantuan dan perkhidmatan kemanusiaan di seluruh Gaza.
![PRCS salur bantuan 11 tan daging ke rakyat Gaza PRCS salur bantuan 11 tan daging ke rakyat Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718928238_PalestineRedCresce.jpg)
PRCS salur bantuan 11 tan daging ke rakyat Gaza
Sukarelawan PRCS di Tebing Barat juga melakukan proses penyembelihan dan pembungkusan daging sebagai persediaan untuk masuk ke Gaza.
![Malaysia, Turkiye sepakat tingkat bantuan kemanusiaan terutama di Gaza - PM Malaysia, Turkiye sepakat tingkat bantuan kemanusiaan terutama di Gaza - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718638434_TBAnwarIbrahim.jpg)
Malaysia, Turkiye sepakat tingkat bantuan kemanusiaan terutama di Gaza - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan Turkiye sepakat meningkatkan bantuan kemanusiaan khususnya di Gaza, Palestin.
![Singapura teroka peluang bantuan kemanusiaan lebih banyak ke Gaza Singapura teroka peluang bantuan kemanusiaan lebih banyak ke Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718183390_TBMASHFLAG.jpg)
Singapura teroka peluang bantuan kemanusiaan lebih banyak ke Gaza
Sehingga kini, kerajaan Singapura telah bekerjasama dengan Mesir dan Jordan untuk menghantar tiga peringkat bantuan kemanusiaan.
![Lebih 2,000 trak bantuan Gaza terkandas di sempadan Rafah Lebih 2,000 trak bantuan Gaza terkandas di sempadan Rafah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711432377_TBaidlinejpg.jpg)
Lebih 2,000 trak bantuan Gaza terkandas di sempadan Rafah
Lebih 2,000 trak yang membawa bantuan kemanusiaan dan barangan komersial terkandas di sempadan Rafah di Mesir.
![Ops Ihsan sambut baik resolusi gencatan senjata di Gaza, minta pintu sempadan segera dibuka Ops Ihsan sambut baik resolusi gencatan senjata di Gaza, minta pintu sempadan segera dibuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718102444_OpsIhsan.jpg)
Ops Ihsan sambut baik resolusi gencatan senjata di Gaza, minta pintu sempadan segera dibuka
Seruan itu dibuat susulan resolusi gencatan senjata di Gaza yang diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) semalam.