Umat Islam di Indonesia akan menyambut Aidilfitri pada hari Rabu ini setelah kerajaan republik itu mengumumkan hari raya itu ialah pada 6 Julai ini.
Pengumuman rasmi yang dibuat oleh Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin itu disiarkan secara langsung menerusi siaran-siaran televisyen tempatan pada malam ini setelah mengadakan satu mesyuarat khas mengenai penetapan Hari Raya.
"Berdasarkan laporan dari kurang lebih pelapor di 90 titik melihat hilal di Indonesia. Seluruh pelapor menyatakan hilal belum nampak pada petang ini dan oleh itu kami bersepakat bahawa 1 Syawal 1437 Hijrah jatuh pada hari lusa, Rabu 6 Juli 2016," katanya.
Katanya proses penentuan awal Syawal itu menggunakan kaedah hisab dan rukyah dan kesemua tokoh agama yang menyertai mesyuarat berkenaan bersetuju bahawa umat Islam di Indonesia harus berpuasa selama 30 hari pada tahun ini.
Sebelum itu, sebuah organisasi agama yang berpengaruh di Indonesia, Muhammadiyah juga telah membuat pengumuman sejak semalam mengarahkan pengikutnya menyambut Hari Raya pada 6 Julai berdasarkan kepada kajian hisab hilal, iaitu berdasarkan kepada kiraan haribulan.
Sementara itu, ribuan umat Islam yang menjadi pengikut jemaah tarikat Naqsabandiyah di negara itu telahpun menyambut hari raya pada hari ini dan menunaikan solat hari raya Aidilfitri pagi tadi di sebuah kawasan terbuka di kawasan Masjid Baitul Makmur, Pauh dan dipimpin oleh Imam Besar mereka Syafri Malin Mudo.
Indonesia mempunyai paling ramai umat Islam di dunia dengan majoriti daripada kira-kira 300 juta penduduk negara itu beragama Islam.
Bernama
Tue Jul 05 2016
![Umat Islam di Indonesia sambut Aidilfitri Rabu Umat Islam di Indonesia sambut Aidilfitri Rabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/51448241651_France.jpg)
Indonesia mempunyai paling ramai umat Islam di dunia dengan majoriti daripada kira-kira 300 juta penduduk negara itu beragama Islam.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Dua hari, 1,426 kenderaan cuba nasib masuk Kelantan Dua hari, 1,426 kenderaan cuba nasib masuk Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612786261_PKPBKelantan.jpg)
Dua hari, 1,426 kenderaan cuba nasib masuk Kelantan
Walaupun tidak dibenarkan merentas negeri, namun jumlah kenderaan yang cuba memasuki negeri ini bertambah dengan nilai keseluruhan sebanyak 1,426 buah.
![Benar atau tidak rentas negeri sempena Hari Raya diumum lebih awal- Ismail Sabri Benar atau tidak rentas negeri sempena Hari Raya diumum lebih awal- Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51608871275_LebuhRayaUtaraSel.jpg)
Benar atau tidak rentas negeri sempena Hari Raya diumum lebih awal- Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan kebenaran rentas negeri akan dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) selepas mereka membuat penilaian risiko.
![Umat Islam di Indonesia sambut Aidilfitri Rabu Umat Islam di Indonesia sambut Aidilfitri Rabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/51448241651_France.jpg)
Umat Islam di Indonesia sambut Aidilfitri Rabu
Proses penentuan awal Syawal itu menggunakan kaedah hisab dan rukyah.
![Jadual program raya Astro, Gempaknya Syawal Ini Jadual program raya Astro, Gempaknya Syawal Ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.astrogempak.com.my/Portals/2/BerikanMasa/gempaknya-syawalini.jpg)
Jadual program raya Astro, Gempaknya Syawal Ini
Meriahkan Syawal anda dengan mengikuti program-program menarik yang disediakan khas untuk anda.
![KPDNKK jamin bekalan barangan keperluan mencukupi di musim perayaan KPDNKK jamin bekalan barangan keperluan mencukupi di musim perayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/61404817028_295x200.jpg)
KPDNKK jamin bekalan barangan keperluan mencukupi di musim perayaan
Langkah agresif telah dijalankan bagi memastikan tiada peniaga yang menaikkan harga di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Aidil Fitri tidak lama lagi.