MEDAN: Seekor ular sawa sepanjang kira-kira enam meter menelan seorang nenek berusia 50-an di dalam hutan di Jambi, Indonesia baru-baru ini.
Wanita itu hilang pada malam Jumaat di hutan berhampiran rumah keluarganya di wilayah Jambi, barat Sumatera.
Penduduk tempatan kemudiannya menghantar rombongan bagi mencari dan dua hari kemudian menemui seekor ular besar di dalam hutan dengan perut yang membengkak.
Apabila perut haiwan tersebut dibedah, mereka mendapati terdapat mayat di dalamnya.
Anto iaitu ketua kampung tempat wanita itu menetap berkata, ular sawa itu berkemungkinan membunuhnya.
Beliau berkata, tiada seorang pun penduduk menyaksikan wanita tersebut dibaham ular itu ketika dia pergi ke hutan seorang diri.
Mangsa tidak pulang ke rumah selepas pergi ke kebun bagi mengutip getah dari pokok-pokok itu pada Jumaat.
Keluarganya kemudian melaporkan kehilangannya kepada pihak berkuasa tempatan dan pencarian telah dilakukan sejak itu. -Sinar Harian/Agensi
Sinar Harian
Wed Oct 26 2022
Seekor ular sawa menelan seorang wanita berusia 50-an di dalam hutan di Jambi baru-baru ini. - Foto dok Birin Warga Desa Terjun Gajah/Kompas
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] 10 Nahas Ngeri Di Malaysia
Berikut adalah info berkenaan dengan sepuluh nahas ngeri di Malaysia.
Nahas Ayer Keroh: Ratusan menanti ketibaan jenazah
Bersama Khalish Kadir, Wartawan Astro AWANI di lokasi ketibaan jenazah lima sekeluarga.
Harga minyak naik didorong data pertumbuhan ekonomi AS
Harga minyak meningkat pada Selasa, disokong oleh data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh serta jangkaan bahawa aktiviti ekonomi global akan meningkatkan permintaan minyak.
Elak guna soket kelengkapan elektrik berlebihan
Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi.
Rampasan lebih 200kg dadah, terbesar di Terengganu
Polis Terengganu melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu dengan merampas lebih 200 kilogram syabu bernilai RM7.8 juta.
Kertas siasatan dibuka kematian kucing di Universiti Malaya
Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seekor kucing betina dikenali Lily, yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Pejabat KDPB Sultan Pahang dinamakan sebagai Majlis Kesultanan Pahang
Dengan penukaran nama itu, satu lagi sejarah terlakar bagi institusi berkenaan yang berperanan memikul tanggungjawab dalam semua urusan membabitkan Sultan Pahang.
AWANI Borneo [24/12/2024] – Kes Bunuh ‘Amoi’ | ‘Hotspot’ Banjir | Sambutan Sederhana
Tumpuan AWANI Borneo 24 Dis 2024 bersama Pia Ernadya
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
Sambutan di Sibu sederhana, penduduk raikan bersama keluarga
Penduduk di Sibu sambut Krismas di bandar dan pulang kampung halaman ketika Gawai.
Ular sawa telan nenek di Jambi
Apabila perut haiwan tersebut dibedah, mereka mendapati terdapat mayat di dalamnya.