Hari ini menyaksikan ulang tahun kedua kebangkitan rakyat di Mesir.
Namun, pelbagai masalah dalaman negara itu merangkumi aspek keadilan sosial, kebebasan bersuara bahkan situasi ekonomi masih gagal ditangani.
Dalam tempoh dua tahun sahaja, rizab wang asing Mesir merudum sebanyak 70 peratus manakala kemasukan pelaburan asing hampir tiada.
Kadar pengangguran pula terus meningkat manakala harga barangan keperluan yang makin tinggi membebankan kehidupan rakyat.
Ketidakstabilan yang berlaku di Mesir, menurut seorang wartawan bisnes, Ahmed Samir telah mencetus situasi ekonomi yang meruncing.
Katanya, keganasan dan aktiviti merampas barangan oleh orang awam sejak kebelakangan ini berpunca daripada kewujudan vakum dalam sistem keselamatan negara.
Bagi penganalisis ekonomi Mesir, Khaled Shawky pula, beliau menyifatkan presiden Mesir, Mohammed Morsi gagal membawa sebarang perubahan kepada negara itu sejak beliau dipilih sebagai presiden.
Astro Awani
Thu Jan 24 2013
![Ulang tahun kedua kebangkitan rakyat Mesir Ulang tahun kedua kebangkitan rakyat Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-11/61353729984_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kematian Morsi: Malaysia tunggu laporan teliti daripada Mesir - TPM Kematian Morsi: Malaysia tunggu laporan teliti daripada Mesir - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/81505573084_MohamedMorsi.jpg)
Kematian Morsi: Malaysia tunggu laporan teliti daripada Mesir - TPM
Malaysia terima kenyataan Pendakwa Raya Mesir, bagaimanapun bimbang dengan pelbagai laporan mengenai layanan yang diterima Morsi sebelum kematiannya.