ZAPORIZHZHIA: Ukraine sedang menjalankan latihan keselamatan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan nahas nuklear.
Latihan keselamatan ini dirintis susulan potensi kebocoran radiasi dari loji kuasa nuklear Zaporizhzhia yang dimiliki Rusia.
Latihan ini dimulakan oleh Kementerian Tenaga, Perkhidmatan Kecemasan Ukraine, Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri dan pentadbiran daerah yang berkenaan.
Orang awam yang tinggal di piggiran bandar Zaporizhzhia, terletak kira-kira 100 kilometer dari loji, berganding bahu dengan pihak berkuasa tempatan untuk mempelajari bagaimana tindakan pantas dan berkesan boleh diambil jika tahap radiasi meningkat akibat kerosakan di loji.
Pada Mei lepas, pihak perisikan tentera Ukraine mendakwa, tanpa memberikan bukti, bahawa Rusia merancang "provokasi berskala besar" di loji kuasa nuklear yang didudukinya di bahagian tenggara negara tersebut.
Rusia menduduki loji tersebut pada peringkat awal peperangan.
Selama setahun lalu, ia telah menjadi tumpuan perbincangan apabila Rusia dan Ukraine saling menuduh melancarkan tembakan ke loji tersebut.
Lebih kurang 300,000 orang akan diarah keluar dari kawasan yang terdekat dengan loji jika berlaku kejadian sedemikian.
Astro Awani
Fri Jun 30 2023

Pasukan penyelamat bersama anggota polis menjalani latihan keselamatan susulan potensi kebocoran radiasi dari loji kuasa Zaporizhzhia. - Foto REUTERS
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

IAEA beri amaran risiko keselamatan di Loji Nuklear Zaporizhzhia, Ukraine
Situasi keselamatan nuklear di loji kuasa nuklear Zaporizhzhia di selatan Ukraine semakin merosot selepas serangan dron di sekitar perimeter kemudahan berkenaan.

Loji kuasa nuklear Zaporizhzhia alami kerosakan selepas serangan Ukraine
Infrastruktur Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia (ZNPP) mengalami kerosakan serius buat kali pertama sejak serangan dan pengeboman oleh tentera Ukraine bermula, lapor Xinhua.

Ukraine bersedia hadapi ancaman kemalangan nuklear
Latihan keselamatan ini dirintis susulan potensi kebocoran radiasi dari loji kuasa nuklear Zaporizhzhia yang dimiliki Rusia.

17 maut Rusia lancar serangan peluru berpandu di Zaporizhzhia
Sekurang-kurangnya 17 orang maut dan puluhan lain cedera dalam serangan bertubi tentera Rusia di bandar Zaporizhzhia.

Operasi di loji nuklear Zaporizhzhia dihentikan sepenuhnya - Ukraine
Loji yang di bawah kawalan Rusia sejak Mac itu telah terputus daripada grid kuasa pada Isnin lalu.

IAEA kekalkan 2 pakar di loji nuklear Zaporizhzhia Ukraine
Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi berkata dua pakarnya akan kekal berada di loji tenaga nuklear Zaporizhzhia di Ukraine.

China "amat khuatir" situasi semasa di loji nuklear Zaporizhzhia
China "amat bimbang" dengan serangan di loji janakuasa nuklear Zaporizhzhia di Ukraine baru-baru ini.

'Jika meletup, ia 10 kali lebih dahsyat daripada Chernobyl' - Loji nuklear terbesar Eropah terbakar
Ia mencetuskan kebimbangan berlakunya bencana radiasi di negara itu yang kini diceroboh tentera Rusia.