HOUSTON : NASA akan sengaja 'menghempaskan" sebuah kapal angkasa ke asteroid pada 7.14 malam waktu tempatan (1214GMT) pada Isnin, dalam misi pertama seumpamanya untuk melindungi Bumi.
Projek yang dikenali Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) itu, dengan sengaja akan menjatuhkan kapal angkasa tersebut untuk melihat sama ada tindakan pemesongan itu mampu menghalang potensi asteroid daripada memusnahkan planet.
"Ia usaha yang sangat rumit. Apa yang kami mahu lakukan ialah menggunakan sebanyak mungkin tenaga daripada DART untuk menggerakkan asteroid," kata ahli astronomi Alan Fitzsimmons, ahli pasukan penyiasat NASA Dart, dalam temu bual, lapor Agensi Anadolu (AA).
Misi DART dilancarkan November lepas dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di California.
Pada Isnin, para pengawal misi akan menetapkan kapal angkasa terbabit untuk mengemudi sendiri di angkasa lepas pada jarak 6.5 juta batu (10.5 juta kilometer) dari Bumi. Kamera khas dari kapal angkasa akan merakam perlanggaran kosmik yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
"DART mengubah fiksyen sains menjadi fakta sains, dan merupakan bukti proaktif dan inovasi NASA untuk manfaat semua.
"Ujian ini akan membantu membuktikan kaedah yang berdaya maju bagi melindungi planet kita daripada asteroid berbahaya sekiranya ia dikesan menuju ke Bumi," kata Pentadbir NASA Bill Nelson dalam satu kenyataan.
Matlamat utama NASA adalah untuk melihat sama ada ia boleh memesongkan laluan asteroid secara manual daripada kemungkinan berlanggar dengan bumi.
"Jika kita berusaha, kita sebenarnya boleh mencegahnya. Itu berbeza dengan kebanyakan bencana alam berskala besar yang lain," kata ketua saintis di Planetary Society, Bruce Betts, dalam satu temu bual.
Kapal angkasa DART akan menyasarkan batu angkasa gergasi (diameter 525 kaki/160 m) yang dipanggil Dimorphos pada kelajuan 15,000 bt sejam (24,140 km sejam). Matlamat NASA bukan untuk melenyapkan asteroid, namun mahu melihat sama ada perlanggaran itu boleh mengubah orbit batu angkasa.
Menurut agensi angkasa AS, belum ada asteroid lebih besar daripada 450 kaki (137 m) melintang dikenal pasti mempunyai peluang besar untuk menghentam planet ini dalam tempoh 100 tahun akan datang.
Oleh itu, walaupun misi DART gagal, saintis akan memperoleh maklumat penting daripada eksperimen ini yang boleh melindungi bumi suatu hari nanti.
"Jika ia tidak mengena sasaran, kita masih dapat kumpul data. Itu sebab kami buat ujian ini. Kami mahu melakukannya sekarang dan bukannya menunggu sehingga wujud keperluan sebenar," kata Andrea Riley dari Pejabat Penyelarasan Pertahanan Planet NASA pada sidang akhbar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 26 2022
![Ujian selamatkan bumi, NASA hempas kapal angkasa ke asteroid Ujian selamatkan bumi, NASA hempas kapal angkasa ke asteroid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664189447_Asteroid.jpg)
Belum ada asteroid lebih besar daripada 137 m melintang dikenal pasti mempunyai peluang besar untuk menghentam bumi dalam tempoh 100 tahun akan datang. - Gambar hiasan/ NASA
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![China bangunkan sistem GPS untuk bulan China bangunkan sistem GPS untuk bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698559350_GerhanaBulanSepara.jpg)
China bangunkan sistem GPS untuk bulan
Sebanyak 21 satelit akan mengorbit bulan bagi memberikan kemampuan GPS dengan ketepatan yang tinggi.
![Angkasawan bersedia untuk penerbangan pertama Starliner Angkasawan bersedia untuk penerbangan pertama Starliner](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717260956_BoeingsStarliner.jpg)
Angkasawan bersedia untuk penerbangan pertama Starliner
CST-100 Starliner dengan dua orang angkasawan dijangka berlepas pada jam 12:25 tengah hari dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![NASA bangunkan sistem rel terapung di permukaan bulan NASA bangunkan sistem rel terapung di permukaan bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715317380_NASAjpg.jpg)
NASA bangunkan sistem rel terapung di permukaan bulan
FLOAT membabitkan pembangunan sistem rel terapung yang tidak memerlukan manusia untuk beroperasi menjelang 2030.
![NASA berjaya hantar isyarat komunikasi laser sejauh 226 juta km NASA berjaya hantar isyarat komunikasi laser sejauh 226 juta km](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715053683_NASAjpg.jpg)
NASA berjaya hantar isyarat komunikasi laser sejauh 226 juta km
Kali ini data daripada kapal angkasa Psyche yang membawa DSOC bajua
![Jutaan manusia kagum dengan fenomena gerhana matahari penuh Jutaan manusia kagum dengan fenomena gerhana matahari penuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712621704_totalsolareclipse.jpg)
Jutaan manusia kagum dengan fenomena gerhana matahari penuh
Fenomena gerhana matahari penuh tidak dapat disaksikan di Malaysia kerana laluan bayang-bayang umbra dan penumbra bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut.
!['Selamat Datang ke Bulan' - Pendaratan kapal angkasa berjaya selepas 50 tahun 'Selamat Datang ke Bulan' - Pendaratan kapal angkasa berjaya selepas 50 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708648932_Moon.jpg)
'Selamat Datang ke Bulan' - Pendaratan kapal angkasa berjaya selepas 50 tahun
Robot pendarat berkaki enam digelar Odysseus, berjaya mendarat kira-kira jam 6:23 petang waktu AS di kawah bernama Malapert A.
![NASA uji parabola hibrid terima isyarat komunikasi radio dan laser NASA uji parabola hibrid terima isyarat komunikasi radio dan laser](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707883936_TBNASAjpg.jpg)
NASA uji parabola hibrid terima isyarat komunikasi radio dan laser
NASA Menguji Parabola Hibrid Yang Menerima Isyarat Komunikasi Radio Dan Laser
![Helikopter Ingenuity tidak lagi boleh terbang di Marikh Helikopter Ingenuity tidak lagi boleh terbang di Marikh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706421625_HelikopterIngenuity.jpg)
Helikopter Ingenuity tidak lagi boleh terbang di Marikh
HAMPIR tiga tahun lalu helikopter Ingenuity menjadi objek pertama rekaan manusia yang berjaya terbang di planet selain bumi.
![Jet ujian X-59 untuk program pesawat penumpang supersonik senyap didedahkan Jet ujian X-59 untuk program pesawat penumpang supersonik senyap didedahkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705137634_NASALockheedMarti.jpg)
Jet ujian X-59 untuk program pesawat penumpang supersonik senyap didedahkan
Sasaran NASA dan Lockheed Martin ialah X-59 menghasilkan bunyi seperti pintu ditutup sahaja pada kelajuan supersonik.