ANKARA: Ankara tidak akan tergesa-gesa untuk meluluskan keahlian Sweden dalam NATO, menurut sumber diplomatik, lapor Sputnik.
"Ada pihak tertentu mahu Ankara segera meratifikasi keahlian Sweden dalam NATO menjelang akhir tahun. Namun, keputusan itu akan dibuat oleh Parlimen berdasarkan analisis keadaan," kata sumber itu.
Pada Isnin, media melaporkan Turkiye mahu menangguhkan perkara itu terlebih dahulu sementara menunggu sokongan Amerika Syarikat terhadap usaha untuk membeli pesawat pejuang F-16.
Parlimen Turkiye tidak membuat sebarang kemajuan untuk mengesahkan keahlian Sweden sejak bersidang semula pada Oktober.
Sweden dan Finland telah menghantar permohonan untuk menyertai NATO pada tahun lalu. Turkiye telah pun meluluskan pemohonan Finland.
Turkiye mahu Sweden memastikan negara itu bukan lagi menjadi tempat perlindungan pemberontak pro-Kurdish yang dianggap sebagai pengganas oleh Ankara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2023
Parlimen Turkiye tidak membuat sebarang kemajuan untuk mengesahkan keahlian Sweden sejak bersidang semula pada Oktober. - Gambar fail/unsplash.com
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Puak bersenjata Syria setuju bubar, gabung bawah Kementerian Pertahanan
Langkah itu diambil semasa mesyuarat di Damsyik antara ketua pentadbiran baharu Syria Ahmed al-Sharaa dan wakil puak revolusi di negara itu.
AWANI Ringkas: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengurus inap desa rugi lebih RM60,000 ditipu skim pelaburan bitcoin
Seorang pengurus inap desa kerugian lebih RM60,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan bitcoin dalam talian.
Lapangan terbang baharu nilai tambah pertumbuhan ekonomi Sarawak - Abang Johari
Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan dan pelancongan.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Siasatan terperinci, audit keselamatan terhadap syarikat kenderaan terlibat - JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menyiasat secara terperinci terhadap syarikat kenderaan terlibat dalam kemalangan di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di Melaka semalam.
Malaysia, Kyrgyz sedia teroka peluang kerjasama dalam bidang pertanian
Perkara itu disepakati dalam pertemuan antara Datuk Seri Mohamad Sabu dan Duta Besar Republik Kyrgyz ke Malaysia Anvar Anarbaev.
Turkiye tidak mahu tergesa-gesa untuk lulus permohonan keahlian Sweden dalam NATO
Ankara tidak akan tergesa-gesa untuk meluluskan keahlian Sweden dalam NATO, menurut sumber diplomatik.