ISTANBUL: Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Sabtu berkata bahawa Turkiye mungkin "berpisah dengan Kesatuan Eropah (EU)" dan Ankara dijangka menamatkan bidaan untuk menyertai blok Eropah itu, lapor Xinhua.
"Kesatuan Eropah cuba untuk berpisah daripada Turkiye," kata Erdogan kepada wartawan di Istanbul sebelum berlepas ke New York untuk menghadiri mesyuarat tahunan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Erdogan berkata Turkiye akan membuat penilaian sendiri mengenai laporan baru-baru ini yang diterima pakai oleh Parlimen Eropah, menyaksikan EU mengkritik Ankara kerana gagal mencapai kemajuan dalam beberapa aspek untuk mengembalikan semula rundingan mengenai keahliannya.
"Selepas penilaian itu, kami mungkin berpisah dengan EU jika perlu," tegas Erdogan.
Selama lebih dua dekad, Turkiye telah berusaha untuk menjadi ahli blok 27 negara itu, namun proses penyertaan menunjukkan kemajuan yang terhad disebabkan pelbagai jurang wujud antara Ankara dan Brussels.
Sejak 2018, proses rundingan penyertaan telah dibekukan.
Mengenai permohonan Sweden untuk menyertai NATO, Erdogan berkata keputusannya selari dengan dengan keputusan yang dibuat oleh Parlimen Turki.
"Barat sentiasa menyebut Sweden, Sweden. Kami pula mengatakan bahawa tidak mungkin untuk berkata sama ada 'ya' atau 'tidak' melainkan parlimen kami membuat keputusan," katanya.
Erdogan mendakwa Stockholm gagal menangani kebimbangan berkaitan keselamatan Turkiye, sehubungan itu beliau mahu negara Nordik itu memainkan peranannya.
"Tidak cukup dengan sekadar merangka undang-undang. Apa yang penting ia harus dilaksanakan," kata pemimpin Turkiye itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 16 2023
![Turkiye mungkin 'berpisah dengan EU' jika keadaan memerlukan - Erdogan Turkiye mungkin 'berpisah dengan EU' jika keadaan memerlukan - Erdogan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683542032_TayyipErdogan.jpg)
Erdogan berkata Turkiye akan membuat penilaian sendiri mengenai laporan baru-baru ini yang diterima pakai oleh Parlimen Eropah. - Gambar fail/Reuters
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![PBB gesa Rusia, Syria, Israel henti tindakan ketenteraan di Idlib PBB gesa Rusia, Syria, Israel henti tindakan ketenteraan di Idlib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/61499956030_UnitedNations.jpg)
PBB gesa Rusia, Syria, Israel henti tindakan ketenteraan di Idlib
Bercakap pada Majlis Keselamatan PBB pada Selasa, Staffan de Mistura berkata, sebarang tindakan ketenteraan hanya akan memburukkan lagi keadaan yang sedia rumit.