Turki meminta Amerika Syarikat (AS) berhenti menggerakkan kumpulan militan Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) dari Manbij ke Afrin di Syria, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan jurucakap presiden pada Rabu.
"Turki telah mengambil langkah-langkah yang perlu melalui saluran rasmi antara kedua-dua negara. Turki berhak untuk meminta AS menghentikan langkah sedemikian,” kata Ibrahim Kalin kepada pemberita di Ankara.
Pada awal minggu ini, Angkatan Demokratik Syria (SDF) yang disokong AS mengumumkan bahawa mereka telah menghantar tentera ke wilayah Afrin bagi membantu YPG dalam perjuangan mereka menentang tentera Turki.
Turki telah berulang kali berikrar untuk menggerakkan operasi ketenteraannya ke bandar strategik Manbij di mana kira-kira 2,000 tentera AS ditempatkan.
Washington telah melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan tentera AS di Manbij berikutan operasi ketenteraan Turki ke atas militan YPG di Afrin, yang terletak di barat laut Syria, sejak 20 Jan.
Hubungan antara Turki dan AS agak tegang berikutan sokongan Washington kepada YPG, yang dianggap Ankara sebagai sekutu Parti Pekerja Kurdistan Syrian (PKK).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 08 2018
Pejuang Free Syrian Army menurunkan bendera Kurdish di perkampungan Kafr Jana, utara Afrin, Syria, 7 Mac, 2018. REUTERS
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Turki gesa AS berhenti gerak militan Kurdish Syria dari Manbij ke Afrin
Turki telah mengambil langkah-langkah yang perlu melalui saluran rasmi antara kedua-dua negara.
"Tolong hentikan serangan, ubat dah nak habis," - rayu doktor di Syria
Pengarah Hospital Afrin, Doktor Juan Mohammad berkata pihaknya kini bukan hanya berdepan kebanjiran pesakit, malah bekalan ubat makin susut.
Jangan hantar tentera ke Afrin, amaran Turki kepada Syria
Keputusan kerajaan Syria untuk menghantar pasukan tentera ke Afrin akan memberi lampu hijau kepada tindakan memecah-belahkan Syria, dan bakal mengundang kesan buruk kepada rantau ini.