Tunjuk perasaan anti kerajaan sejak Selasa lepas semakin gagal dikawal pihak keselamatan di negara itu.
Ia kini merebak ke hampir 70 bandar di seluruh Turki.
Sejak minggu lepas, sebanyak 235 demonstrasi diadakan manakala lebih 1,700 orang ditahan kerana menyertai bantahan anti kerajaan itu.
Namun Menteri Dalam Negeri Muammer Guler berkata mereka dibebaskan selepas soal siasat selesai dibuat.
Pada hujung minggu beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Taksim untuk menyatakan bantahan mereka terhadap rancangan pembangunan di Taman Gezi , Istanbul yang juga merupakan kawasan hijau di negara itu.
Namun kini tunjuk perasaan yang asalnya aman bertukar ganas alah matlamatnya juga bukan sama lagi.
Polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang marah terhadap usaha kerajaan itu.
Batu, botol dan kayu turut digunakan oleh penunjuk perasaan bagi membalas tindakan provokasi polis.
Penunjuk perasaan bertambah marah apabila Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan berikrar mahu meneruskan rancangan pembangunan semula di Istanbul termasuk di Taman Gezi.
Selain Istanbul, protes juga marak di Ankara.
Malah rakyat Turki di New York juga mengadakan bantahan sama meminta perdana menteri mereka berundur kerana pentadbirannya didakwa menindas rakyat.
Astro Awani
Sun Jun 02 2013


Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Bekas penyerang Turkiye Akin cedera ditembak di Istanbul
Rakaman CCTV menunjukkan penyerang melarikan diri dengan motosikal.

Malaysia dan negara-negara D-8 luluskan deklarasi berkaitan Gaza
Malaysia dan negara-negara anggota D-8 meluluskan deklarasi berkaitan situasi di Gaza.

Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.

Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.

Sekurang-kurangnya 29 pekerja binaan maut, kelab malam di Istanbul terbakar
Sekurang-kurangnya 29 orang maut dalam kebakaran di sebuah kelab malam di Istanbul yang dalam kerja-kerja pengubahsuaian.

Ribuan rakyat Turki banjiri Lapangan Terbang Ataturk, tunjuk sokongan kepada Palestin
Ribuan rakyat Turki membanjiri Lapangan Terbang Ataturk untuk sesi Pertemuan Ramai Palestin pada Sabtu.

Misi perdagangan francais Malaysia ke Istanbul potensi tarik pelaburan RM30 juta - Fuziah
Misi bertujuan mempromosi jenama francais tempatan sekali gus menembusi pasaran Turki yang mempunyai potensi besar.

PM Anwar tiba di Istanbul untuk bertemu Presiden Turki
Antara topik yang dijadual dibincangkan dengan Erdogan ialah mengenai kebimbangan isu Israel-Palestin yang semakin meningkat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Mayat ditemukan di gear mendarat pesawat Turkish Airlines
Pasukan penyelenggaraan teknikal menemukan mayat itu semasa pemeriksaan rutin.