"JANJI perlu ditepati."

Itu kata-kata yang dipegang oleh seorang kanak-kanak lelaki bernama Tzuo Ze berusia lapan tahun Gang dari Taiwan.

Ze Gang sanggup mendaki gunung ke empat tertinggi di dunia, Gunung Jade bagi mengotakan janji terhadap ibunya.

Kisah bermula apabila dia dan ibunya pernah mengimpikan untuk mendaki gunung itu bersama-sama.

Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian selepas ibunya meninggal dunia akibat komplikasi ketika melakukan pembedahan kaki.

Ceritanya lanjut, anaknya, Ze Gang yang ditemani dirinya dan dua ahli keluarga yang lain berjaya mendaki sehingga ke puncak Gunung Jade. Foto: Facebook

Namun, sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir, dia sempat berpesan untuk teruskan pendakian itu dan membawa apa-apa objek yang yang mengingatkan dirinya.

Itu yang diceritakan oleh bapanya, menerusi perkongsian di Facebooknya.


Ceritanya lanjut, anaknya, Ze Gang yang ditemani dirinya dan dua ahli keluarga yang lain berjaya mendaki sehingga ke puncak Gunung Jade.

Pendakian selama dua hari itu bermula 18 Ogos hingga 20 Ogos lalu dilalui dengan penuh pahit getir apabila Ze Gang berdepan detik-detik sukar seperti keletihan melampau, pening kepala dan loya akibat altitud tinggi.

Sampai sahaja di puncak pada ketinggian 3,952 meter dari paras laut, Ze Gang mengeluarkan potret ibunya sambil melaungkan “Ibu, Saya berjaya membawa ibu ke puncak Gunung Jade.”

Sampai sahaja di puncak pada ketinggian 3,952 meter dari paras laut, Ze Gang mengeluarkan potret ibunya sambil melaungkan “Ibu, Saya berjaya membawa ibu ke puncak Gunung Jade.” Foto: Facebook

Selepas 591 hari pemergian ibunya, Ze Gang berjaya tunaikan janji tersebut.

Pastinya perkongsian di Facebook itu terima pujian dari netizen yang rata-rata bangga dengan kejayaan anak kecil berusia lima tahun itu.