BANGKOK: Tujuh cawangan Bank KBZ milik swasta diletupkan oleh penyerang tidak dikenali di pusat bandar raya Mandalay, Myanmar, menurut media tempatan.
Letupan berlaku ketika meningkatnya kebimbangan bahawa bank swasta negara itu mula memindahkan maklumat pelanggan mereka kepada kerajaan tentera, lapor Sputnik memetik laporan akhbar Myanmar Now.
Junta didakwa telah menuntut pendedahan maklumat itu untuk mengesan pembiayaan aktiviti anti-kerajaan, lapor berita itu.
"Saya rasa KBZ menjadi sasaran kerana dipercayai berkongsi maklumat mengenai mereka yang disyaki menderma wang untuk menyokong revolusi, dan juga membekukan akaun yang digunakan untuk tujuan itu," kata seorang penduduk tempatan yang tidak mahu dikenali dipetik Myanmar Now.
Beberapa akaun yang menggunakan sistem pembayaran dalam talian bank itu, KBZ Pay, untuk memindahkan wang kepada anggota pergerakan anti-kerajaan telah dibekukan, tambah akhbar itu.
Pihak berkuasa Myanmar masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai letupan itu. Tiada kumpulan yang beroperasi di rantau itu dilaporkan bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Tentera mula berkuasa di Myanmar pada 1 Feb dengan mendakwa parti Liga Demokratik Kebangsaan yang memerintah ketika itu melakukan penipuan dalam pilihan raya umum November 2020. Rampasan kuasa tentera mencetuskan gelombang protes awam, menyebabkan ratusan orang awam terbunuh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 29 2021
![Tujuh cawangan bank swasta Myanmar diletupkan Tujuh cawangan bank swasta Myanmar diletupkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635491350_MandalayMyanmar.jpg)
Letupan berlaku seiring kebimbangan bahawa bank swasta negara itu mula memindahkan maklumat pelanggan mereka kepada kerajaan tentera. - Foto Reuters
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![Tujuh cawangan bank swasta Myanmar diletupkan Tujuh cawangan bank swasta Myanmar diletupkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635491350_MandalayMyanmar.jpg)
Tujuh cawangan bank swasta Myanmar diletupkan
Letupan berlaku seiring kebimbangan bahawa bank swasta negara itu mula memindahkan maklumat pelanggan mereka kepada kerajaan tentera.