Siapa sangka, seorang remaja yang pernah mendapat jolokan bayi terkecil di Britain kini berjaya meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Am Menengah (GCSE).
Kira-kira 16 tahun lalu, Aliyah Hart dilahirkan tiga bulan awal dan hanya bersaiz sebesar telefon bimbit.
Malah doktor di Hospital Birmingham juga pernah memberitahu, Aliyah hanya ada satu peratus peluang untuk hidup selepas mendapati paru-parunya tidak berkembang dengan baik.
Memetik laporan Daily Star, bayi ajaib itu hanya memiliki berat 340 gram dan bersaiz tujuh inci ketika dilahirkan pada 2003 sama saiz jika dibandingkan dengan telefon bimbit.
Namun semua itu hanya menjadi lipatan sejarah buat Aliyah yang kini membesar seperti insan normal.
Remaja itu mengambil keputusan melanjutkan pelajaran dalam kursus seni persembahan di Kolej Solihull pada September ini.
Ibunya, Lorraine, 58, turut berbangga dengan pencapaian anaknya itu meskipun memiliki sejarahnya tersendiri.
"Saya tidak pernah fikir dia akan terus hidup dan berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang yang digemarinya.
"Dulu dia sangat kecil tetapi berada dalam keadaan sihat. Doktor dan guru pernah memberitahu, dia akan mengalami masalah pembelajaran.
"Namun sebaliknya, dia berjaya membuktikan yang dia mampu harungi segala cabaran, saya amat bangga dengan dia," katanya.
Menurut ibu tunggal itu, anaknya seorang pemalu namun berharap pengalaman ketika belajar di kolej membimbingnya untuk terus berjaya dalam kerjaya kelak. - Daily Star
Agensi
Sun Aug 25 2019
Bayi ajaib itu hanya memiliki berat 340 gram dan bersaiz tujuh inci ketika dilahirkan pada 2003 sama saiz jika dibandingkan dengan telefon bimbit. - Foto Daily Star
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Tuah bayi bersaiz telefon bimbit!
Siapa sangka, seorang remaja yang pernah mendapat jolokan bayi terkecil di Britain kini berjaya meraih keputusan cemerlang dalam sijil pelajaran am menengah (GCSE).