Tsunami
Foto komposit yang diterbitkan pada 18 Disember 2014 menunjukkan keadaan mangsa-mangsa tsunami yang sedang berehat di Masjid Baitulrahman (atas) di Banda Aceh, Indonesia pada 26 Dis 2004 dan foto di tempat yang sama pada 16 Dis 2014 (bawah). -EPA/HOTLI SIMANJUNTAK


Pada hari ini, 10 tahun yang lalu, bumi Aceh dibadai gelombang tsunami susulan gempa bumi dahsyat bermagnitud 9.0 pada skala richter.

Dalam sekelip mata, orang tersayang hilang daripada pandangan setelah ditelan ombak besar yang mengganas dengan kelajuan 800km/j dan ketinggian hampir 30 meter.


VIDEO: Aceh bangkit sepuluh tahun selepas tsunami

Bencana itu menyaksikan 250,000 nyawa terkorban dan memberi kesan kepada 18 negara, antaranya adalah Malaysia, Thailand, Sri Lanka, India, Maldives, Bangladesh, Somalia dan Tanzania.

Banda Aceh antara kawasan paling teruk terjejas, menyaksikan penempatan seluas 64 kilometer persegi itu musnah sama sekali manakala jumlah korban mencapai 167,000 mangsa.


BACA: 10 tahun selepas tsunami, kami bertemu semula di Twitter

Media tempatan turut melaporkan bahawa 35,000 mayat tidak pernah ditemui.

Sepuluh tahun berlalu dan tragedi berkenaan tidak pernah dilupakan. Namun bagi mereka yang terselamat, hidup perlu diteruskan.

Begitu juga dengan Banda Aceh yang kini pesat membangun manakala penduduk tempatan mulai membina kehidupan baru.


FOTO GALERI: 10 tahun selepas tsunami


Sementara itu, pengguna media sosial memuat naik gambar untuk memperingati 10 tahun selepas tragedi tsunami: