Trump yang sering berbohong tentang keputusan pilihan raya 2020 yang dimenanginya, telah berulang kali cuba menimbulkan keraguan mengenai integriti pilihan raya 2024 dan membuat dakwaan tanpa bukti tentang Demokrat cuba menipu.
Beliau, bahkan terus mempromosikan dakwaan palsu dan teori konspirasi berhubung penipuan pengundi secara meluas dalam pilihan raya 2020 yang tidak berlaku.
"Kita mempunyai beberapa perhimpunan terbesar yang pernah dilihat. Saya berada di California. Saya ingin Tuhan turun dan menjadi pengira undi hanya untuk satu hari dan lihat sejauh mana kita berjaya di California," kata Trump tentang negeri yang kuat menyokong Demokrat itu.
"Pernah anda mendengar ungkapan pengira undi jauh lebih penting daripada calon… malangnya kita tidak boleh membiarkan perkara itu berlaku. Kita mesti mengambilnya semula," kata Trump pada satu perhimpunan di Greenville, Utara Carolina, pada Isnin.
Dalam ucapannya, Trump mendakwa, Demokrat cuba menipu pilihan raya 2024, "tetapi mereka tidak akan terlepas begitu sahaja."
Trump merujuk kepada Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Republikan, Michael Whatley dan bertanya: "Bagaimana keadaannya, adakah mereka menipu Michael? Mereka mencuba, tetapi mereka tidak akan terlepas, betul?"
Trump kemudian berpaling kembali kepada orang ramai: "Dia kata tidak. Itu sebabnya saya ada dia. Mereka (Demokrat) tidak terlepas di negeri ini. Mereka terlepas di banyak tempat." - Agensi