Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Isnin berkata beliau masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Arab Saudi berhubung kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di Turki.
Trump bercakap dengan Putera Mahkota Mohammed Salman pada Ahad.
Katanya, beliau mempunyai pasukan di Arab Saudi dan Turki yang menguruskan kes itu dan akan mengetahui lebih lanjut mengenainya selepas mereka pulang ke Washington pada Isnin malam atau Selasa.
"Saya akan tahu (lebih lanjut) tidak lama lagi kerana saya mempunyai satu pasukan besar di Turki sekarang dan satu pasukan lagi di Arab Saudi.
"Kita ada pasukan yang sangat pakar, yang melakukan tugas ini dengan sangat baik. Mereka akan pulang malam ini, atau esok, dan saya akan tahu tidak lama lagi.
"Dan saya tidak berpuas hati dengan apa yang saya telah dengar," katanya kepada media pada Isnin.
Sementara itu, Perdana Menteri Britain Theresa May menyifatkan pembunuhan Khashoggi sebagai sesuatu yang tidak boleh dipercayai.
May menuntut Arab Saudi tampil dengan penjelasan yang telus berhubung kematian wartawan kanan itu.
"Saya pasti seluruh Dewan ini akan bersetuju dengan saya dalam mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Khashoggi.
"Kita mesti dapatkan kebenaran tentang apa yang terjadi," katanya di Parlimen pada Isnin.
Menteri Luar Britain Jeremy Hunt turut menyifatkan penjelasan Arab Saudi yang Khashoggi maut susulan satu pertengkaran dan perbalahan fizikal di bangunan konsulatnya di Istanbul itu sebagai tidak boleh diterima.
Di rantau ini, selain Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan pembunuhan Khashoggi satu kezaliman, Indonesia turut memantau rapi siasatan kes itu.
Republik itu pula menuntut siasatan telus dijalankan bagi mencari jawapan di sebalik pembunuhan kolumnis The Washington Post yang lantang terhadap pentadbiran Riyadh itu.
Menteri Luarnya Retno Marsudi berkata Presiden Joko Widodo (Jokowi) berharap tiada mana-mana pihak dilindungi demi keadilan buat Khashoggi.
Kenyataan Retno ini menyusul sejurus pertemuan Jokowi dan Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir di Istana Presiden di Bandar Bogor, Jawa Barat.
BACA: Pembunuhan Khashoggi sesuatu yang tidak boleh diterima
Adel yang dalam rangka lawatan dua hari ke Indonesia turut mengadakan pertemuan berasingan dengan Retno.
Lawatan ini adalah susulan lawatan diraja Arab Saudi ke Indonesia Mac tahun lalu.
Astro Awani
Mon Oct 22 2018
Trump bercakap kepada media di perkarangan White House di Washington, 22 Okt, 2018, (Foto AP)
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.
Arab Saudi hantar pesawat bantuan ke-21 ke Lubnan
Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) menghantar pesawat bantuan ke-21 ke Lubnan pada Sabtu.
Lelaki China sanggup berbasikal tujuh bulan jumpa Cristiano Ronaldo
Seorang pemuda sanggup berbasikal dari China ke Arab Saudi untuk bertemu bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo.
Arab Saudi mulakan pembinaan Mukaab
Media antarabangsa melaporkan projek bernilai $50 billion (RM237.5 billion) itu dijangka siap sepenuhnya pada 2030.
Kelayakan Piala Dunia: Roberto Mancini, Arab Saudi berpisah
Mancini bergelut untuk memberikan impak sepanjang peranannya sebagai ketua jurulatih apabila hanya memenangi tujuh daripada 18 perlawanan.
WHO dan Arab Saudi perluas program kad kesihatan digital haji
Kad kesihatan Haji ini dibangunkan berdasarkan infrastruktur utama (PKI) dalam Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global (GDHCN) WHO.
Arab Saudi menyumbang kepada sokongan UNRWA untuk pelarian Palestin
Kerajaan Arab Saudi komited sokong perjuangan Palestin dan membolehkan UNRWA melaksanakan tanggungjawabnya terhadap pelarian Palestin.
Pakistan, Saudi bincang situasi di Palestin dan Lubnan
Kedua-dua menteri turut mengkaji hubungan dua hala serta membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.