PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tidak mengaku kalah dan akan mencabar keputusan pilihan raya presiden di mahkamah.
Menurut peguam peribadinya, Rudy Giuliani, tweet dihantar Trump yang menyebut mengenai kemenangan calon Demokrat Joe Biden bukan bermakna beliau mengaku kalah.
"Tidak. Tidak sama sekali. Mungkin anda boleh kata, beliau bersikap sinis, atau pun sekadar memberi komen mengenai keadaan yang teruk ini, di mana media berkata dia (Biden) menang.
"Tetapi, apabila beliau (Trump) berkata ia tidak sah, jelas sekali dia akan mencabarnya di mahkamah. Pihak media telah cuba mengatur keputusan pilihan raya, tetapi mereka tiada hak berbuat demikian.
"Pengundi kita yang berhak buat keputusan, bukan NBC, CBS, MSNBC, CNN, malah FOX juga," katanya di New York pada Ahad.
Ini merupakan perkembangan terkini susulan pilihan raya presiden AS pada 3 November lepas.
Dalam kemas kini tweetnya, Trump menyebut Biden telah menang, namun terus mendakwa, wujud penipuan dalam pilihan raya tersebut.
Sebaliknya, pihak berkuasa pilihan raya negeri dan persekutuan di AS mendakwa tiada penipuan yang berlaku.
Guiliani dilaporkan akan mengetuai pasukan perundangan Trump untuk mencabar keputusan tersebut di mahkamah.
Sehingga kini, tiada bukti dikemukakan susulan dakwaan penipuan besar-besaran yang berlaku di beberapa negeri termasuk Pennsylvania
Ketika ini, Biden dilaporkan telah menang 306 undi elektoral dan lebih 77 juta undi berbanding Trump yang hanya memperoleh 232 undi elektoral dengan 72 juta undi.
Astro Awani
Mon Nov 16 2020

Peguam Trump berkata, pegundi yang berhak menentukan keputusan pilihan raya presiden, bukannya pihak media atau sesiapa sahaja. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Monica Lewinsky minta Beyonce keluarkan namanya dari lagu
Dalam lagu Partition nama Lewinsky digunakan sebagai kata kerja bagi menggambarkan pandangan lelaki ke atas seorang wanita.

Hanya 0.2 peratus petugas kesihatan terima vaksin penuh dijangkiti COVID-19 kategori 3, 4
Beliau mengakui jangkitan masih boleh berlaku walaupun selepas menerima dua suntikan vaksin, namun impaknya tidak serius.

Rakyat Malaysia antara 7 pakar dipilih anggotai badan kesihatan ulung di Jepun
Dr Dhesi Baha Raja berkongsi kegembiraan dipilih sebagai salah seorang penasihat Mitsubitshi Centre of Global Health Architecture

15 peratus rakyat Malaysia hidap penyakit buah pinggang kronik
Golongan 15 peratus rakyat Malaysia yang menghidap penyakit buah pinggang kronik pelbagai peringkat tidak sedar dengan situasi mereka.

#ThisHappened: Kematian Chadwick Boseman, COVID-19 antara tumpuan warga Twitter
Melalui tanda pagar, #ThisHappened Twitter berkongsi bersama dengan netizen apa yang menarik di laman Twitter sepanjang tahun 2020 ini.

Twitter perkenal 'Fleets', ciri terbaharu mirip Instagram Story
Fleets akan dilancarkan kepada semua pengguna di seluruh dunia dalam beberapa hari akan datang.

Trump tidak mengaku kalah, sinis terhadap kemenangan Biden
Menurut peguam peribadinya, Rudy Giuliani, tweet dihantar Trump yang menyebut mengenai kemenangan calon Demokrat Joe Biden bukan bermakna beliau mengaku kalah.

"Donald harus tangani isu baran, sila bertenang" - Greta Thunberg
Aktivis Alam Sekitar, Greta Thunberg meminta Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bertenang dan menangani sifat barannya.

'Malu nak cakap macam tu' - respons Menteri Agama ditegur cara promosi YouTube
Bekas mufti itu mencuri tumpuan selepas memberi respons kepada salah seorang pengikut yang 'menegur' dengan nada bergurau ketika beliau memuat naik video mempromosi YouTube.

Cuba bawa suara umat Islam, ciapan Tun Mahathir dianggap 'mengagungkan keganasan' oleh Twitter
CIAPAN yang muat naik oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan insiden penindasan terhadap umat Islam di Perancis baru-baru ini disembunyikan laman sosial Twitter.