Pelantikan kedua Trump dijadualkan pada 20 Jan, namun beliau telah merancang perhimpunan pada 19 Jan di Capital One Arena di ibu negara.
Trump menyifatkan acara itu sebagai "pesta kemenangan" yang dijadualkan bermula pada 3 petang dan akan menjadi acara awam pertama beliau selepas kemenangan dalam pilihan raya umum pada 5 Nov lalu menewaskan Naib Presiden Kamala Harris.
Namun, acara ini bukan penampilan awam pertama beliau. Pada 22 Dis, Trump berucap kepada penonton semasa acara di Arizona yang dianjurkan oleh Turning Point USA.
Mereka yang ingin menghadiri perhimpunan itu boleh mendaftar untuk satu atau dua tiket atas dasar siapa cepat dia dapat di laman sesawang pelantikan Trump.
-- BERNAMA