Kurang beberapa hari sebelum sepak mula Piala Dunia 2018 berlangsung, trofi bagi anugerah sukan paling berprestij itu didedahkan kepada umum dalam satu acara di Red Square di Moscow pada Ahad.
Pada acara itu, wakil daripada pentadbiran Rusia, Jawatankuasa Penyelenggara Piala Dunia 2018 dan wakil penaja daripada Coca-Cola turut hadir bagi memeriahkan sambutan.
Trofi yang menjadi rebutan 32 pasukan itu, Piala Dunia FIFA, ditayangkan kepada ratusan orang awam bersebelahan salah sebuah mercu bandar Moscow, bangunan bersejarah Kremlin.
Sebelum ini trofi tersebut telah dibawa mengelilingi beberapa bandar-bandar utama di Rusia termasuk Vladivostok, Novosibirsk, Yekaterinburg, Samara, Kazan dan Saint Petersburg.
Piala Dunia 2018 akan bermula pada 14 Jun dengan menyaksikan perlawanan pembukaan di antara tuan rumah Rusia yang bakal berdepan Arab Saudi di Stadium Luzhniki di Moscow.
Kesemua perlawanan akan diadakan di 12 stadium terpilih di 11 bandar seluruh negara.
Agensi
Sun Jun 03 2018

Sebelum ini trofi tersebut telah dibawa mengelilingi beberapa bandar-bandar utama di Rusia termasuk Vladivostok, Novosibirsk, Yekaterinburg, Samara, Kazan dan Saint Petersburg. (Foto AP)

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Coca Cola tinjau prospek penghasilan minuman berperisa ganja
Kenyataan itu hadir sebagai maklum balas Coca Cola terhadap laporan media berkaitan rundingan yang dijalankan dengan syarikat Aurora Cannabis Inc. dari Kanada.

Trofi Piala Dunia 2018 dipamer di Moscow
Kurang beberapa hari sebelum sepak mula Piala Dunia 2018 bermula, trofi bagi anugerah sukan paling berprestij itu didedahkan kepada umum dalam satu acara di Moscow Red Square pada Ahad.

Dua generasi gilakan Coca-Cola
Membelek botol model keluaran pertama Coca-Cola pada 1899 yang diperbuat dari kaca, anak jati Pumpong, Jalan Anak Bukit, Alor Setar ini mengakui koleksi yang dimilikinya seumpama mesin merentas masa.