Pesuruhjaya Polis New Zealand Mike Bush menasihatkan rakyat negara itu supaya mengelakkan diri daripada mengunjungi mana-mana masjid di New Zealand buat sementara waktu, bermula malam ini, lapor NZ Herald.
Dalam kejutan insiden tembakan rambang di Christchurch hari ini, yang mengakibatkan kematian dan kecederaan, Bush menyeru orang ramai supaya tidak berada berdekatan kawasan masjid.
“Saya meminta sesiapa sahaja yang berhajat untuk ke masjid di mana-mana lokasi pun di New Zealand supaya tidak meneruskannya. Tutup pintu kediaman anda sehingga arahan seterusnya daripada pihak polis,” ujar Bush.
Bush mengesahkan serangan itu menyebabkan sejumlah kematian.
Tambahnya, setakat ini empat suspek serangan telah ditahan termasuk seorang wanita.
Kematian dilaporkan di dua lokasi iaitu Masjid Al Noor di Deans Ave, dan Masjid Linwood di Linwood Ave.
“Sekali lagi, kami belum mengesahkan jika insiden seumpamanya berlaku di lokasi lain.
“Kami telah menggerakkan setiap anggota polis di sekitar Canterbury dan kami juga dalam proses mengerahkan setiap anggota polis di seluruh negara supaya menjaga keselamatan orang awam,” tambah Bush.
Moath Owaidah, dari New Zealand Islamic Union Trust, berkata para jemaah di masjid Al Maktoum berdekatan Lapangan Terbang Auckland baru saja keluar dari masjid selepas solat Jumaat ketika mereka menerima khabar tentang serangan itu.
"Kami mula menerima panggilan daripada komuniti Islam. Mereka sangat terkejut dan bimbang pada apa yang berlaku. Ini suatu yang mereka tidak jangkakan di New Zealand,” ujar Owaidah.
Agensi
Fri Mar 15 2019
Komuniti setempat tidak percaya insiden tembakan rambang boleh berlaku di New Zealand. - Reuters
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Polis NZ jawab mengapa proses pengecaman mangsa ambil masa panjang
Bush mengesahkan pihak yang terlibat dengan proses identifikasi mangsa akan cuba sedaya upaya melengkapkan proses tersebut walaupun mengambil masa yang agak lama.
Serangan pengganas Christchurch: Anwar cadang usul mengutuk serangan
Usul itu adalah perkara yang tertentu bagi membincangkan insiden serangan keganasan di kedua-dua masjid berkenaan.
Tragedi solat Jumaat Christchurch: Jenazah mangsa diserah kepada keluarga mulai malam ini
Setakat ini, senarai penuh mangsa-mangsa yang maut akibat serangan itu masih belum dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Serangan pengganas Christchurch: Penyerang bertindak sendirian - Polis
Menurut Pesuruhjaya Polis New Zealand, Mike Bush, tiga lagi suspek yang terdahulu turut ditahan susulan serangan itu dipercayai tidak terlibat secara langsung, namun siasatan masih dijalankan.
Serangan pengganas Christchurch: Angka kematian meningkat kepada 50
Pesuruhjaya Polis New Zealand, Mike Bush berkata, mangsa ditemui susulan pemeriksaan lanjutan yang dijalankan di tempat kejadian diadakan.