BANGKOK: Polis Thailand sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan kru CNN membuat penggambaran tanpa kebenaran di lokasi kejadian amuk di pusat asuhan kanak-kanak di Uthai Sawan.
Timbalan Ketua Polis Negara Jeneral Surachate Hakparn berkata kru itu, seorang warga Australia, 47, dan seorang warga Britain, 34, telah disoal siasat pada pagi Ahad.
"Polis Imigresen telah menarik balik visa (pelancong) mereka," katanya.
Beliau berkata mereka boleh disabitkan hukuman penjara lima tahun atau denda tidak lebih 10,000 baht atau kedua-duanya jika didapati bersalah "menceroboh tempat kejadian dan mengganggu bukti".
Terdahulu, polis menyita pusat asuhan kanak-kanak itu untuk mengumpul bahan bukti.
Pada Sabtu, Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) mendakwa tindakan kru CNN itu sebagai tidak profesional dan melanggar etika kewartawanan dalam pelaporan jenayah.
"Apa pun alasan yang diberikan...pasukan CNN memasuki tempat kejadian tanpa kebenaran.
"...tiada organisasi berita lain samada asing atau tempatan sanggup melakukan tindakan yang tidak beretika ini," menurut FCCT dalam satu kenyataan.
Menurut FCCT rakyat Thailand masih trauma dengan tragedi ini dan bimbang jika laporan yang disiarkan kelak tidak sesuai untuk didedahkan kepada umum.
"Menghormati waris mangsa adalah antara sebabnya," menurut kenyataan itu.
CNN International PR Foreign, dalam jawapan balas menerusi Twitter menjelaskan, kru CNN sedang membuat penggambaran di pusat jagaan kanak-kanak itu bersama media lain.
"Ketika penggambaran, tiga pegawai kesihatan awam yang keluar dari pusat berkenaan memberitahu mereka boleh membuat penggambaran di dalam pusat itu.
"Kru berkenaan membuat rakaman selama kira-kira 15 minit, sebelum beredar. Pada masa ini, talisan garisan polis telah dipasang semula dan kru terbabit terpaksa memanjat pagar untuk beredar," menurut CNN.
Pada Khamis seorang anggota polis yang dipecat bertindak membunuh 36 orang termasuk 24 kanak-kanak berusia antara dua hingga empat tahun dan 12 dewasa termasuk isterinya di Uthai Sawan di wilayah Nong Bua Lamphu.
Lelaki berusia 34 tahun itu dilaporkan membunuh 23 kanak-kanak yang sedang tidur selepas mereka selesai menikmati makan tengah hari.
Pembunuh kemudian melarikan diri dari tempat kejadian dan pulang ke rumah dan membunuh isteri serta anak lelakinya sebelum bertindak membunuh diri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 09 2022

Kru CNN itu boleh disabitkan hukuman penjara lima tahun atau denda tidak lebih 10,000 baht atau kedua-duanya jika didapati bersalah "menceroboh tempat kejadian dan mengganggu bukti". - Gambar fail/ Reuters

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mangsa kejadian amuk pusat asuhan kanak-kanak Thailand semakin pulih
Dr Opas Karnkawinpong berkata kesemua mangsa yang mengalami kecederaan fizikal dan trauma telah menerima rawatan di hospital.

Tragedi pusat asuhan: Polis Thailand siasat insiden kru CNN ceroboh lokasi kejadian
Polis Thailand sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan kru CNN membuat penggambaran tanpa kebenaran di lokasi kejadian amuk di pusat asuhan kanak-kanak di Uthai Sawan.

Upacara keagamaan memperingati mangsa tragedi pusat jagaan kanak-kanak Thailand
Foto anak kecil tersenyum riang, mainan, bunga dan susu diletakkan di atas deretan keranda kecil di Wat Si Uthai di Uthai Sawan, wilayah Nong Bua Lamphu.