Enam jemaah haji Malaysia disahkan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah.
Menurut pihak berkuasa Arab Saudi setakat ini sekurang-kurangnya 87 meninggal dunia manakala 184 mengalami kecederaan dalam kejadian hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang waktu tempatan (Jumaat 10 malam waktu Malaysia), seorang jemaah haji lelaki Malaysia dilaporkan patah kaki, manakala lima lagi cedera ringan.
"Empat jemaah lelaki dan dua jemaah wanita cedera, termasuk seorang patah kaki, dia (patah kaki) kini dirawat di Pusat Perubatan Tabung Haji Syisya," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata pihak Tabung Haji (TH) akan membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik bagi pengesahan selanjutnya berkenaan jumlah jemaah haji Malaysia yang terbabit.
"Selepas solat Isyak, bermula 11 malam ini (Sabtu 4 pagi waktu Malaysia), kita akan membuat pemeriksaan bilik ke bilik, untuk mengesahkan jemaah kita yang pergi bersolat di Masjidil Haram, pulang ke bilik masing-masing," katanya.
Beliau berkata keluarga dan waris jemaah haji di tanah air yang terbabit dalam kejadian itu telah dimaklumkan.
Syed Saleh berkata kejadian itu berlaku selepas solat Asar selepas umat Islam selesai mengerjakan solat berkenaan.
"Sebuah kren tumbang dalam kejadian ribut pasir dan hujan lebat selepas waktu Asar itu, kren itu dipercayai menghempap kawasan saie, dan sebahagiannya runtuh di kawasan tawaf.
Semua pasukan TH yang terdiri dari pasukan perubatan, kebajikan dan unit peronda sedang berada di kawasan Masjidil Haram bagi menyelia keadaan jemaah Malaysia.
Syed Saleh berkata ketika ini, kawasan kejadian dikawal sepenuhnya oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
Beliau berkata pihak TH sebelum ini turut memberikan nasihat kepada jemaah Malaysia supaya berada di hotel penginapan sekiranya hujan atau berlaku ribut pasir.
Hujan di Makkah itu dilaporkan berlaku kali keempat dalam tempoh sebulan, dan hujan pada hari ini dilaporkan paling lebat, berlaku kira-kira setengah jam.
Waris atau keluarga jemaah haji di tanah air boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji di Damansara, Kuala Lumpur di talian 03-62071919 untuk sebarang maklumat lanjut.
Bernama
Sat Sep 12 2015
![Tragedi kren runtuh Masjidilharam: Enam jemaah Malaysia disahkan cedera Tragedi kren runtuh Masjidilharam: Enam jemaah Malaysia disahkan cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41442026238_crane.jpg)
Beliau berkata keluarga dan waris jemaah haji di tanah air yang terbabit dalam kejadian itu telah dimaklumkan. - Gambar Fail
![SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723767551_MuhammadIqbalDanie.jpg)
SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu
Dua emas itu diperoleh daripada Muhamad Iqbal Daniel Mohd Nawawi dalam kategori individu yang pada masa sama membantu acara berpasukan.
![Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723767192_TBquranhour.jpg)
Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri
Ia membolehkan masyarakat membebaskan jiwa mereka daripada unsur kemungkaran dan mendekatkan diri kepada keadilan Islam.
![Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723767295_WalidLachkar.jpg)
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
!['Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar 'Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723766033_RakamanCCTVNidza.jpg)
'Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar
Abang ipar kepada Allahyarham, Muhammad Effrie Amron berkata, itu antara rakaman CCTV premis yang dikatakan diterima pihak keluarga.
Aktres veteran Gena Rowlands meninggal dunia
Aktres veteran Amerika Syarikat (AS), Gena Rowlands, yang membintangi filem box-office The Notebook dan Another Woman, meninggal dunia pada Rabu di usia 94 tahun.
Bintang Friends: Lima termasuk dua doktor dituduh penyebab kematian Matthew Perry
Lima individu termasuk dua doktor dan seorang pembantu peribadi kepada pelakon Matthew Perry didakwa membekalkan bintang 'Friends' itu dengan ketamin iaitu ubat penenang kuat yang menyebabkan kematiannya akibat terlebih dos setahun lalu.
![Hakim AS digantung tugas kerana menggari remaja yang tertidur semasa melawat mahkamah Hakim AS digantung tugas kerana menggari remaja yang tertidur semasa melawat mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723765317_JudgeKennethKing.jpg)
Hakim AS digantung tugas kerana menggari remaja yang tertidur semasa melawat mahkamah
Hakim Kenneth King memaksa gadis 15 tahun pakai gari dan pakaian penjara kerana 'kesalahannya' tertidur semasa mengikuti lawatan ke mahkamah.
Virus mpox: WHO sahkan jangkitan pertama di luar Afrika
Jangkitan dengan jenis baru virus mpox dikesan di Sweden, pada Khamis.
Keputusan bawa pulang angkasawan diumum hujung bulan
Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) akan membuat keputusan akhir bulan ini berhubung misi membawa pulang dua angkasawan, Barry Wilmore dan Sunita Williams yang terperangkap di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selepas kapal angkasa Starliner dinaiki mereka mengalami kerosakan.
Trump dan Elon Musk 'berjoget'
Kempen pilihan raya Amerika Syarikat terus hangat apabila calon presiden republikan, Donald Trump dilihat 'menari' bersama usahawan terkemuka Amerika Syarikat Elon Musk.
Dalam satu hantaran tanpa catatan di akaun X beliau pada Khamis, beliau berkongsi sebuah video yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) melakukan gerakan tarian mengikut lagu 'Stayin Alive' oleh Bee Gees.
Dalam satu hantaran tanpa catatan di akaun X beliau pada Khamis, beliau berkongsi sebuah video yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) melakukan gerakan tarian mengikut lagu 'Stayin Alive' oleh Bee Gees.
![Kren tumbang di Masjidilharam: Wang pampasan bukti keprihatinan Raja Salman - Duta Arab Saudi Kren tumbang di Masjidilharam: Wang pampasan bukti keprihatinan Raja Salman - Duta Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81442026244_CraneMecca.jpg)
Kren tumbang di Masjidilharam: Wang pampasan bukti keprihatinan Raja Salman - Duta Arab Saudi
Pembayaran wang pampasan bagi jemaah haji yang terkorban dan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada 2015, membuktikan keprihatinan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz
![Tragedi Mekah: Tiga lagi jemaah haji Malaysia disahkan terkorban - Jamil Khir Tragedi Mekah: Tiga lagi jemaah haji Malaysia disahkan terkorban - Jamil Khir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41442160709_SidangMediaHaji.jpg)
Tragedi Mekah: Tiga lagi jemaah haji Malaysia disahkan terkorban - Jamil Khir
Tiga lagi jemaah haji dari Malaysia disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam pada Jumaat.
![Rusiah jemaah haji Malaysia pertama disahkan terkorban Rusiah jemaah haji Malaysia pertama disahkan terkorban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61442123369_MeccaCrane.jpg)
Rusiah jemaah haji Malaysia pertama disahkan terkorban
Jemaah haji, Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak dikenal pasti sebagai seorang daripada 107 mangsa yang terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam, pada Jumaat.