Antara yang menyumbang termasuk golongan jutawan, syarikat perniagaan ternama, sektor awam serta rakyat tempatan.
Antara yang memberi sumbangan besar adalah jenama ternama, Yves Saint Laurent dan Gucci dengan sumbangan lebih 100 juta euro (RM467.14 juta).
Begitu juga bagi syarikat gergasi minyak Perancis yang turut menyumbang jumlah sama.
BACA: Jutawan Perancis derma 100 juta euro bina semula Katedral Notre Dame
BACA: 'Kita akan bina semula Notre Dame' - Macron umum kutipan dana
Terdahulu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron berjanji bangunan ikonik itu akan dipulihkan selepas menara dan bumbungnya runtuh dalam kebakaran yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan kerja baik pulih.
"Perancis adalah sebuah negara yang memiliki pembina yang hebat, sudah banyak yang kami bina semula.
“Kami akan bina semula gereja Notre Dame dengan lebih cantik lagi dan saya mahu ia bermula dari sekarang - sehingga lima tahun.
"Sekali lagi, saya menggesa agar pembinaan semula dilakukan sekarang,” katanya.
Sementara itu, ratusan penduduk Perancis menyertai perarakan sebagai tanda solidariti selepas gereja tersebut terbakar pada Selasa.
Beberapa lagu tempatan turut dinyanyikan sebagai tanda penghormatan kepada bangunan itu.
Mereka yang menggelarkan diri sebagai 'The Rebuilders' ditubuhkan bagi mewujudkan kesedaran kepada awam bahawa gereja ikonik itu perlu dibina semula.
BACA: Struktur utama Katedral Notre Dame berjaya diselamatkan - Bomba