Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini untuk mewakili Malaysia pada sesi ke-71 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).
Pesawat komersial yang membawa Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri dan delegasi Malaysia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy kira-kira 9.25 malam, Sabtu (9.25 malam (Ahad) waktu Malaysia).
Ini merupakan lawatan keempat beliau ke Amerika Syarikat sejak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri pada Julai tahun lepas, dan penampilan sulung sebagai ketua delegasi Malaysia di UNGA.
Ketibaan beliau disambut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, pegawai-pegawai Malaysia berpangkalan di New York dan Washington.
Lawatan kerja Ahmad Zahid ke bandar raya New York sehingga 25 September. Selain Ahmad Zahid, delegasi Malaysia ke perhimpunan PBB dan acara berkaitan, turut diiringi Anifah dan para pegawai kanan dari Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri.
Bulan lepas, Ahmad Zahid mempengerusikan Perbahasan Terbuka Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai Pengeluaran Senjata Pemusnah Besar-besaran (WMD) di ibu pejabat PBB.
Antara acara kemuncak lawatan Timbalan Perdana Menteri ialah menyampaikan Kenyataan Negara pada semasa sesi Debat Umum pada 24 September.
Beliau juga dijadual menyertai mesyuarat peringkat tinggi 'Menangani Penghijrahan Pelarian dan Migran Berskala Besar' pada 19 September di Perhimpunan Agung.
Ahmad Zahid juga akan menghadiri mesyuarat peringkat tinggi mengenai situasi di Syria, di Majlis Keselamatan PBB pada 21 September.
Pada Oktober tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sesi ke-70 UNGA mengumumkan Malaysia akan membuka pintu kepada 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun, atas dasar kemanusiaan bagi membantu meringankan krisis pelarian.
Dilaporkan Malaysia menyasarkan untuk memberi perlindungan sementara kepada 500 pelarian Syria menjelang akhir tahun ini.
Ahmad Zahid juga dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya di luar UNGA ke-71 untuk membincangkan perkara kepentingan bersama. - BERNAMA
Bernama
Sun Sep 18 2016
TPM akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi ke-71 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) sempena lawatan kerja beliau ke New York dari 17 hingga 25 September. - Foto Bernama
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan MOTAC bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.