GAZA: Tindakan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) yang menyekat gencatan senjata dan menyokong serangan serta pembunuhan di Gaza, menunjukkan keruntuhan nilai etika dan prinsip hak asasi manusia yang diiklankan oleh masyarakat antarabangsa.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Ashraf Al-Qudra berkata, pihaknya juga terkejut dengan tindak balas 'sunyi' yang dipaparkan dunia apabila melihat pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera Zionis di utara Gaza.
Jelas beliau, dalam beberapa jam yang lalu, tentera Israel melancarkan sekurang-kurangnya 17 serangan pembunuhan beramai-ramai di semua kawasan di Semenanjung Gaza.
"Rejim Zionis melaksanakan hukuman mati dan pembunuhan beramai-ramai di utara Gaza selepas melumpuhkan perkhidmatan kesihatan, memusnahkan hospital dan mengakibatkan hospital tidak dapat beroperasi.
"Rejim Zionis melumpuhkan sistem kesihatan di utara Gaza bertujuan untuk memindahkan seramai 800,000 orang dan melucutkan perkhidmatan kesihatan kepada ribuan wanita hamil, kanak-kanak dan pesakit kronik yang cedera," katanya dalam satu Persidangan Kesihatan pada Selasa.
AS sebelum ini menggunakan kuasa veto terhadap draf resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menggesa gencatan senjata segera dikuatkuasakan bagi menghentikan peperangan antara Israel dan Hamas.
Dr Ashraf berkata, jumlah korban akibat serangan Israel meningkat kepada 19,667 orang, manakala 52,586 mangsa cedera sejak 7 Oktober lalu.
Ujar beliau lagi, seramai 214 terkorban dan 300 mangsa yang cedera tiba di hospital sejak Selasa, dengan sebilangan besar mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan jalan raya.
"Hospital di selatan Gaza tidak mampu menampung jumlah kes jangkitan yang besar.
"Mereka terpaksa membezakan tahap kecederaan antara kes untuk menyelamatkan nyawa pesakit dengan keupayaan klinikal, perubatan serta manusia yang terhad.
"Kami merayu kepada institusi antarabangsa untuk mengambil tindakan segera bagi memberi bantuan kepada hospital dengan bekalan perubatan, bahan api dan pasukan perubatan khusus," katanya lagi.
Dr Ashraf menambah rejim Israel didakwa menahan 10 kakitangan kesihatan dari Hospital Al-Awda, menjadikan jumlah anggota kesihatan yang ditangkap oleh zionis meningkat kepada 99 orang.
Katanya lagi, pencerobohan Israel terhadap sistem kesihatan menyebabkan 310 kakitangan kesihatan terkorban, dan 102 ambulans musnah serta tidak dapat beroperasi.
Astro Awani
Tue Dec 19 2023
Jumlah korban akibat serangan Israel meningkat kepada 19,667 orang, manakala 52,586 mangsa cedera sejak 7 Oktober lalu. - Foto fail/AP
Jutaan rakyat Amerika tunai tanggungjawab
Jutaan rakyat Amerika Syarikat mula membuang undi mereka pada Selasa ketika pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
10 Berita Pilihan - (5 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 6 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0
JDT berjaya membenam juara Liga K1 Korea (Liga K1), Ulsan HD 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel dengan 'cara terkawal dan diperhitungkan'
Iran pada Selasa berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada Oktober dengan "cara yang terkawal dan diperhitungkan".
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lelaki dicari bantu siasatan samun bersenjata kedai runcit
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang di Jalan Pokok Machang, di sini semalam.
Mahkamah tolak rayuan lelaki tuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada syarikat pembersihan
Seorang lelaki gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk menuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan yang dimiliki warga Bangladesh.
Tindakan AS sekat gencatan senjata tunjuk keruntuhan prinsip asasi manusia
Jumlah korban akibat serangan Israel meningkat kepada 19,667 orang, manakala 52,586 mangsa cedera sejak 7 Oktober lalu.