PATTANI: Kesucian bulan Ramadan di selatan Thailand sekali lagi dicemari dengan insiden keganasan apabila tiga orang awam termasuk seorang bapa dan anak perempuannya mati ditembak dalam satu serangan di Wilayah Sai Buri, Pattani pada awal pagi Sabtu.
Dalam kejadian pada 6.30 pagi (waktu tempatan) di Jalan Pattani-Narathiwat No 42 di Kampung Laharn itu, seorang lelaki berusia 58 tahun dan anak perempuannya berumur 26 tahun serta seorang lagi lelaki yang merupakan saudara mereka berusia 26 tahun dalam perjalanan dari Hatyai, Songkhla untuk mengangkut barang ke Narathiwat dengan menaiki sebuah trak pikap.
Pesuruhjaya Polis Wilayah Bahagian Ke-9 Leftenan Jeneral Ronnasin Phusara berkata siasatan awal mendapati empat lelaki yang menaiki dua motosikal telah melepaskan tembakan ke arah trak pikap sebelum kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang.
"Dua penyerang turun dari motosikal mereka dan menembak mangsa dari jarak dekat. Trak pikap itu kemudian dibakar oleh penyerang," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian.
Beliau berkata polis yang bergegas ke tempat kejadian menemukan mayat bapa dan anak perempuannya di dalam trak pikap yang terbakar manakala seorang lagi mangsa yang cedera parah meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Ronnasin berkata polis mengesyaki tindakan itu mungkin dilakukan kumpulan militan yang ingin membalas dendam atas kematian rakan mereka dalam insiden tembak-menembak dengan pasukan keselamatan Thailand di daerah Yi-ngo di Pattani pada Khamis.
Dalam kejadian itu, dua lelaki tempatan yang dipercayai anggota kumpulan militan telah ditangkap.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 24 2021
Tiga orang awam termasuk seorang bapa dan anak perempuannya mati ditembak dalam satu serangan di Wilayah Sai Buri, Pattani pada awal pagi Sabtu. - Foto BERNAMA
MySalam: RM1.1 bilion dibayar, memanfaatkan 54,000 pesakit kritikal
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, MySalah pada asalnya dirancang untuk beroperasi lima tahun iaitu 2019 hingga 2023 dan telah dilanjutkan hingga 2025 .
Zoom dijenama semula sebagai syarikat perkhidmatan komunikasi AI
Penjenamaan semula ini adalah untuk orang ramai tidak lagi melabel Zoom sebagai syarikat yang menawarkan ciri panggilan video semata.
Saringan Minda Sihat mekanisme tangani gangguan emosi murid
Saringan Minda Sihat dilaksanakan setahun sekali kepada Tahun 5 hingga Tingkatan 6 bagi mengenal pasti murid yang mungkin mengalami masalah gangguan emosi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
NWICE 2024: Platform penting pengurusan sumber air mampan negara
NWICE 2024 menjadi platform dalam memangkin kepada pembangunan teknologi hijau dalam sektor air, selaras dengan agenda kelestarian negara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
AWANI Ringkas: Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemansuhan peperiksaan antara langkah mengurangkan tekanan murid
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM kini memberi tumpu kepada pembelajaran inkuari, eksplorasi, pengalaman dan pentaksiran bilik darjah yang dilihat lebih holistik untuk menilai murid.
Pihak berkuasa Gaza beri amaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk
Pihak berkuasa Palestin pada Isnin memberi amaran mengenai kemungkinan tercetusnya wabak penyakit dalam kalangan orang awam.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 November 2024
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
Siling pekerja asing di Malaysia bagi 2024 adalah 2.58 juta orang
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata angka siling bagi pekerja asing bekerja di Malaysia menjelang Disember 2024 adalah 2.58 juta orang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.
Penahanan rakyat Malaysia: Beri ruang pihak berkuasa Thailand siasat - Saifuddin
Semua pihak diminta menghormati undang-undang Thailand dan memberi ruang kepada pihak berkuasa negara itu menjalankan siasatan berhubung penahanan enam rakyat Malaysia di Sungai Golok.
KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak diseludup ke Thailand
Wujud permintaan tinggi daripada penduduk Thailand memandangkan ia dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
PGA rampas 13 lembu seludup dari Thailand
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dengan penahanan sebuah lori membawa 13 ekor lembu di Pasir Mas.