HOUSTON: Tiga maut selepas sebuah helikopter terhempas di Madison County, Mississippi pada Isnin, mengorbankan semua individu yang berada di dalamnya, menurut pegawai tempatan.

Mangsa termasuk seorang juruterbang dan dua kakitangan hospital, lapor media tempatan.

Pusat Perubatan Universiti Mississippi mengesahkan bahawa tiada pesakit berada di dalam helikopter ketika kejadian berlaku, lapor Xinhua.

Pejabat Sheriff Madison County memaklumkan bahawa helikopter itu terhempas di kawasan hutan tebal.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca nahas.

Helikopter AirCare. - Gambar fail AP

-- BERNAMA