IA hanya sebesar dan senipis kad kredit.
Tetapi jika anda terperangkap di bawah runtuhan selepas gempa bumi, ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda.
Tiga pelajar universiti Indonesia telah mencipta peranti yang menggunakan isyarat frekuensi tinggi untuk membantu mencari mangsa tertimbus selepas berlakunya bencana alam.
Pengesan yang dinamakan Detector of Interconnected Position Points atau 'Deoterions' ini mengeluarkan isyarat ping dan hanya memerlukan pergerakan paling minimal, termasuk bernafas, yang dapat dikesan sehingga 10km jauhnya.
Penerima isyarat dipasangkan di telefon bimbit atau komputer riba, dan berfungsi dengan aplikasi yang tersedia pada sistem Apple dan Android.
Satrio Wiradinata Riady Boer, 23, salah seorang daripada tiga pelajar berkenaan berkata, inovasi itu diilhamkan dari gempa bumi 7.6 magnitud di kampung halamannya di Padang pada 10 tahun lalu, di mana dia kehilangan seorang kawan dan seorang guru, manakala ibunya pula cedera.
"Jika mangsa berada di bawah runtuhan atau bawah tanah terlalu lama, kaki atau tangan mangsa perlu dipotong, dan bekalan oksigen juga akan habis," kata Boer.
Dua lagi rakannya ialah Adin Okta Triqadafi dan Muhammad Rikza Maulana.
Ketiga-tiga pelajar Universiti Brawijaya itu telah menerima paten untuk prototaip yang berharga AS$7 (RM29.50) itu, tetapi belum bersedia menjualkannya kerana mahu menambah baiknya terlebih dahulu.
"Ini ciptaan yang luar biasa," kata Ali Ghufron Mukti, pegawai kanan Kementerian Pendidikan, sambil menambah kerajaan akan memberikan geran untuk membantu pelajar-pelajar itu membangunkan inovasi mereka.
Reuters
Mon Sep 02 2019
![Tiga pelajar Indonesia hasilkan alat kesan mangsa bencana tertimbus Tiga pelajar Indonesia hasilkan alat kesan mangsa bencana tertimbus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81567435688_TBpinger.jpg)
Deoterions hasil rekaan tiga anak muda iaitu Satrio Wiradinata Riady Boer, Adin Okta Triqadafi dan Muhammad Rikza Maulana.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
Gara-gara mabuk, rakan serumah tikam lelaki 11 tikaman
Seorang lelaki cedera ditikam dengan 11 tikaman orang rakan serumahnya yang mabuk di Desa mentara, Sungai Way Petaling Jaya pada Rabu.
27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal
Kematian 27 anjing liar dalam tempoh tiga hari dipercayai diracun di sekitar kawasan sebuah pangsapuri di Tanjong Bungah, George Town awal bulan ini mungkin dilakukan pihak yang tidak berpuas hati dengan pertambahan populasi haiwan tersebut di situ.
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
Genap 10 tahun lalu, dunia masih menunggu keadilan untuk MH17
Tarikh 17 Julai, 2024, menandakan genap 10 tahun sejak tragedi melibatkan pesawat Malaysia Airlines MH17, yang telah mengorbankan 298 nyawa, dengan 42 daripadanya adalah rakyat Malaysia.
KPDN Kelantan rampas 744 kg gula pasir kasar
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas sebanyak 744 kilogram (kg) gula pasir kasar di dalam dua buah kereta ketika cuba diseludup ke Thailand, semalam.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Tiga pelajar Indonesia hasilkan alat kesan mangsa bencana tertimbus Tiga pelajar Indonesia hasilkan alat kesan mangsa bencana tertimbus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81567435688_TBpinger.jpg)
Tiga pelajar Indonesia hasilkan alat kesan mangsa bencana tertimbus
Peranti ini menggunakan isyarat frekuensi tinggi untuk membantu mencari mangsa tertimbus selepas berlakunya bencana alam.