Ketua delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Iran berhubung masa depan rundingan nuklear negara teluk itu yang sedikit terencat berikutan tindakan Amerika menambah jumlah sekatan berkata masih ada peluang, masih ada harapan dan rakyat dahagakan perubahan.
Dalam satu sidang media di Tehran, Tarja Cronberg menjelaskan tiada sekatan terbaru akan dikenakan ke atas negara republik Islam itu.
Sebaliknya tindakan Amerika Syarikat itu merupakan pelaksanaan kepada sistem sekatan sedia ada.
“Ini bukannya sekatan baru tetapi pelaksanaan sistem sekatan sedia ada. Saya fikir pentadbiran Amerika Syarikat telah melakukan yang terbaik walaupun sukar dalam meyakinkan kongres untuk tidak meluluskan sebarang sekatan terbaru terhadap Iran,” kata Tarja.
Washington minggu lalu mengumumkan telah menyenarai hitam beberapa syarikat negara itu yang melanggar sekatan dagangan ke atas Iran.
Ia melibatkan pembekuan aset firma Amerika Syarikat di Panama, Singapura dan Ukraine yang didapati menjalankan urusniaga dengan syarikat tangki miliki Iran.
Tindakan itu sukar diterima Iran yang kemudian bertindak menghentikan rundingan nuklear dengan mendakwa Washington tidak mematuhi semangat perjanjian yang dicapai di Geneva bulan lalu.
Bagaimanapun menteri luar Iran Javad Zarif meredakan ketegangan apabila memberi bayangan rundingan bersama kuasa besar dunia itu akan disambung.
Astro Awani
Tue Dec 17 2013
Ketua delegasi Kesatuan Eropah berkata rakyat Iran dahagakan perubahan. -Gambar AFP
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
EU terkejut dengan serangan udara terbaharu Israel di selatan, timur Lubnan
Pesawat tempur Israel pada awal pagi Khamis melancarkan beberapa siri serangan udara di seluruh Lubnan.
Ahli Parlimen EU protes terhadap Israel di sesi Parlimen dengan kod QR di baju
Della Valle kesal tindakan Israel menyerang pasukan UNIFIL tidak dikutuk oleh Kesatuan Eropah (EU).
Brussels umum undang-undang baharu usir migran tanpa hak untuk tinggal
"Dasar imigresen EU hanya boleh mampan jika mereka yang tidak mempunyai hak untuk tinggal di EU dikembalikan dengan berkesan."
Berdepan bantahan keras, EU tangguh peraturan penebangan hutan
Tindakan itu mencetuskan bantahan serta-merta daripada kumpulan alam sekitar yang memuji undang-undang itu sebagai satu kejayaan besar.
Agensi EU: Lebih 500,000 permohonan suaka pada separuh pertama 2024
Dari Januari hingga akhir Jun, Agensi Kesatuan Eropah bagi Suaka yang berpangkalan di Malta mencatatkan sejumlah 513,000 permohonan baharu.
Kemungkinan didenda, industri kereta EU keluarkan amaran jutaan pekerjaan terancam
Jutaan pekerjaan terancam berikutan kemungkinan pengeluar dikenakan denda peraturan iklim.
Congo terima kumpulan pertama vaksin mpox
Pesawat yang membawa dos vaksin dihasilkan oleh Bavarian Nordic dan disumbangkan EU itu tiba di ibu negara Kinshasa.
Malaysia sedia sambung semula rundingan FTA dengan EU - Tengku Zafrul
Malaysia secara rasminya bersedia untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Kesatuan Eropah (EU) bagi memuktamadkan perjanjian tersebut, kata Tengku Zafrul.
EU pindahkan 1.5 bilion euro aset Rusia yang dibekukan ke Ukraine
Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan telah memindahkan aset Rusia yang dibekukan bernilai 1.5 bilion euro kepada Ukraine.
EU gesa Rusia terima tanggungjawab tembak jatuh MH17 pada ulang tahun ke-10 tragedi
EU mengulangi sokongan penuh untuk semua usaha dalam menegakkan kebenaran, keadilan, dan akauntabiliti, selaras dengan Resolusi 2166 Majlis Keselamatan PBB.