GAZA: Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini, mendakwa 'zon selamat' di Gaza sebagai palsu dan mengelirukan.
Kebimbangan itu diluahkan beliau tatkala penduduk Palestin di Gaza terus diarah berpindah oleh pihak berkuasa Israel yang dianggap sebagi pemindahan paksa.
Menurtunya, sejak perang bermula Oktober tahun lalu, kebanyakan penduduk Gaza dipaksa berpindah secara kerap, dengan secara purata sebulan sekali, bagi mengelakkan mereka ditahan dan dibunuh oleh tentera Israel.
Tambah Lazzarini, sesetengah orang tiada pilihan kecuali tinggal di tempat perlindungan UNRWA yang telah dibom.
Sementara itu, menerusi platform X, UNRWA menganggarkan kira-kira 300,000 orang kini melarikan diri dari Rafah kerana perpindahan paksa yang tidak berperikemanusiaan terhadap penduduk Palestin sepanjang minggu lepas.
Israel telah melancarkan serangan tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, yang mengakibatkan hampir 35,000 penduduk Palestin terkorban.
Tujuh bulan berlalu, peperangan Israel meninggalkan impak mendalam.
Banyak kawasan di Gaza musnah, memaksa 85 peratus daripada penduduknya berpindah di dalam wilayah mereka sendiri, di samping sekatan terhadap makanan, air bersih dan ubat-ubatan.
Israel telah didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Keputusan interim pada Januari lalu mengarahkan Tel Aviv menghentikan tindakan pembunuhan beramai-ramai dan mengambil langkah untuk memastikan bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza.
Astro Awani
Mon May 13 2024
Bandar Rafah lengang selepas orang ramai melarikan diri susulan operasi darat yang dilancarkan rejim Zionis Israel di Semenanjung Gaza. - Foto REUTERS
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Keputusan ICC keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu tindakan wajar - PM Anwar
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
88 rakyat Palestin terbunuh dalam dua serangan udara Israel di utara Gaza
Sekurang-kurangnya 66 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara Israel di dataran kediaman berhampiran Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia.
Tiada pertukaran tebusan, tahanan tanpa akhiri perang Gaza - Hamas
Hamas menegaskan tidak akan ada perjanjian pertukaran tebusan untuk tahanan dengan Israel melainkan perang di kawasan Palestin itu berakhir.
AS sekali lagi veto draf resolusi gencatan senjata Majlis Keselamatan PBB berhubung Gaza
AS menggunakan kuasa vetonya terhadap satu draf resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyeru gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kenderaan kecemasan di Gaza terpaksa henti operasi akibat kekurangan bahan api
Pertahanan Awam Gaza pada Selasa memaklumkan bahawa kebanyakan kenderaan kecemasannya terpaksa menghentikan operasi kerana kekurangan bahan api, menimbulkan kebimbangan mengenai situasi kemanusiaan ya
Israel tawar AS$5 juta jika kembalikan tebusan
Mana-mana individu yang menyerahkan tebusan kepada pihak Israel juga akan diberikan laluan selamat untuk keluar.
Israel rompak 100 lori bantuan makanan ke Gaza
Insiden itu dianggap misi pemberian bantuan terburuk sepanjang tempoh 13 bulan perang di wilayah bergolak itu.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
UNSC akan adakan sesi tamatkan perang, jamin keamanan berkekalan di Asia Barat
Majlis Keselamatan PBB (UNSC) akan mengadakan sesi taklimat pada Isnin mengenai situasi di Asia Barat.